Ibu Chef Wan meninggal dunia, lokasi jenzah dikebumi diberitahu. Al Fatihah

UALA LUMPUR – Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal, Chef Wan meninggal dunia awal pagi Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, beliau memaklumkan ibu tercintanya, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi Khamis.

“Dengan penuh rasa duka cita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagle.

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumikan di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.

Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram peribadinya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Chef Wan memberitahu perkembangan terkini kesihatan ibunya yang sedang sakit tenat di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.

Kata Chef Wan, dia tidak akan mengebumikan Cik Ani di Sungai Koyan selepas mendapat persetujuan keluarga bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah kelak.

“Semua urusan pengebumian telah dibuat di Cyberjaya apabila tiba masanya untuk ibu berehat.

“Kami tidak akan mengebumikannya di Sg Koyan kerana ia lebih mudah untuk menguruskan jenazahnya selepas berbincang dengan keluarga,” katanya.

Sebelum ini Chef Wan memberitahu dia enggan menempatkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu dia pergi dengan tenang.

“Saya tidak akan memasukkannya ke ICU jika dibenarkan doktor kerana saya mahu dia pergi dengan aman apabila sudah tiba masanya lagi,” katanya.

Innalilahiwainnailaihirojiun….. salam takziah buat keluarga.
Al-fatihah…

kredit: sinar, ig chef wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *