Uncategorized

Ibu Syamsul tunjuk satu gambar lama, Tak maafkan individu cuba runtuh rumah tangga orang

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan juga pengarah Syamsul Yusof masih belum bertemu titik noktahnya meskipun telah memasuki lembaran tahun 2023.

Terbaharu, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail sekali lagi menegaskan rasa kesal terhadap individu yang cuba meruntuhkan rumah tangga sesebuah perkahwinan.

“Meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” katanya.
Ibu Syamsul Yusof tegas tidak akan maafkan perosak rumah tangga.

Fatimah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan swafoto dirinya di dalam sebuah kereta.

Dalam hantaran lain, Fatimah turut memuat naik foto saat Puteri Sarah dan Syamsul bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang baharu sahaja beberapa bulan.

Malah Fatimah juga berkongsi foto mereka sekeluarga makan malam semasa menyambut Tahun Baharu pada 2018.

Menerusi foto berkenaan turut memaparkan Puteri Sarah dan juga Syamsul sedang mengendong anak pertama mereka, Syaikhul.
Terdahulu, Syamsul menerusi video siaran langsung di Instagram mendedahkan bakal menyelesaikan segala kemelut yang berlaku antara dia dan Puteri Sarah dalam masa terdekat.

Jelas Syamsul, sudah masanya dia bersuara namun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak kerana menganggap ia adalah kisah peribadi rumah tangga mereka.
Ibu Syamsul imbau kembali makan malam Tahun Baharu 2018.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan beberapa tahun lalu kemelut rumah tangga mereka berlaku didakwa berpunca oleh orang ketiga.
Jelas Syamsul, sudah masanya dia bersuara namun tidak mahu membuka aib mana-mana pihak kerana menganggap ia adalah kisah peribadi rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan beberapa tahun lalu kemelut rumah tangga mereka berlaku didakwa berpunca oleh orang ketiga.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *