“J4hanam betul la”- Tak Puas Hati Komen Fatin Pilih Dia Sebab Kaya, Sekali Suami Fatin Afeefa Tanya Isteri Dia Sendiri

Menerusi satu video, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkata ada seorang individu mendakwa isterinya berkahwin dan memilihnya sebagai pasangan disebabkan harta.

Dalam video dimuat naik di TikTok itu, Aliff atau lebih mesra disapa Opai meminta penjelasan daripada Fatin sebab mengapa isterinya itu memilihnya sebagai suami.

“Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je.Korang nak sangat kan? cabar Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa,” ujarnya.

Fatin mendedahkan suaminya bukan satu-satunya lelaki kaya yang pernah mendekatinya dan dia memilih suaminya kerana wajah Aliff yang kacak dan comel menjadi tarikan serta mengatakan soal kaya jatuh nombor dua.

“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel. Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua,” katanya.

Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Tak Lepas Pegang Tangan

Umum mengetahui, pelakon Fatin Afeefa selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih jutawan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu.

Baru-baru ini, perkongsian Fatin Afeefa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan kemesraan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia dengan bapa tirinya

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, Ivy dilihat memegang tangan Aliff sambil bermain dengan cincin dipakai bapa tirinya itu.

Malah, Ivy juga dilihat berpegangan tangan dengan Aliff ketika sedang berjalan, manakala Fatin berjalan bersama anak lelakinya.

Dalam video tersebut, Fatin sempat berseloroh mengatakan anak perempuanya itu tidak bagi chance langsung kepadanya

Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang suka melihat keakraban Ivy dengan ayah tirinya itu serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat

Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dengan sekali lafaz dalam majlis diadakan secara tertutup di di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

kredit:rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *