“Jangan Jatuh Hukum Sampai Nak Boikot, Saya Buat Salah Apa?,” – Ramai Tak Puas Hati, Shuib Perjelas Komen Pasal Syamsul Umum Kahwin Lagi

Usahawan dan penyampai radio, Shuib tampil mempertahankan dirinya susulan ucapan tahniah yang diberikan kepada rakan artis, Syamsul Yusof yang telah pun selamat berkahwin kali kedua, Jumaat lalu.

Menerusi Instgram, Shuib menulis komen tersebut pada hantaran yang dimuat naik Syamsul sekaligus menyebabkan ada peminat yang rasa tidak puas hati dengan reaksi yang ditinggalkan bapa kepada empat cahaya mata itu.

“Saya tak perlu pertahankan sebab saya rasa lama kelamaan orang akan faham juga apa yang saya cuba sampaikan atas apa yang saya komen itu.

“Ia (komen berdasarkan perkara baik yang ssdang berlaku (Syamsul selamat mendirikan rumah tangga kali kedua) pada ketika itu. Kalau contoh perkahwinan itu tidak jadi pun, ia mungkin baik pada sebelah pihak tetapi tidak kepada pihak yang satu lagi.

“Tetapi janganlah kita sampai jatuhkan hukum hingga ada istilah nak boikot dan sebagainya. Saya tak fahamlah. Nak buat begitu kenapa, saya buat salah apa?

“Sampai ada yang kata inilah kuasa wanita. Ketika itu saya terfikir ini sudah letakkan emosi dah ni. Cuma kita sebagai orang luar, hanya doakan yang baik-baik. Jangan menambah-nambah,” katanya kepada MH.

Shuib berkata demikian sejurus Majlis Penyerahan Sijil Dari Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai Stesen Radio Pertama Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah’ Genting Dream’ pada Rabu.

“Jangan Jatuh Hukum Sampai Nak Boikot, Saya Buat Salah Apa?,” – Shuib Perjelas Komen Sejurus Syamsul Umum Kahwin Lagi“Jangan Jatuh Hukum Sampai Nak Boikot, Saya Buat Salah Apa?,” – Shuib Perjelas Komen Sejurus Syamsul Umum Kahwin Lagi
Shuib pada masa sama akui, komen ringkas yang diberikan turut mendapat reaksi Syamsul yang mengucapkan terima kasih.

“Dia ada berikan respon, terima kasih katanya. Saya beritahu dia, semoga Allah permudahkan urusan awak. Sudah tentulah saya sebagai lelaki, tak mahu kawan-kawan kita ada masalah rumah tangga.

“Lagi seronok untuk kita tengok kawan-kawan bahagia dan harmoni. Tapi bila begini, kita rasa sedih cuma apa yang mampu, cuba berikan sokongan yang paling baik.

“Cuma takut sekarang ini, penglibatan soal emosi itu yang terlalu banyak. Terlebih-lebih bagi kaum wanita, mungkin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai pendiriannya mengenai lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada satu, Shuib menjelaskan hal tersebut tidak boleh dipertikaikan.

“Saya ada juga kawan yang berpoligami. Malah yang isteri tolong carikan suami calon pun ada. Saya pun terkejut, tapi itulah realitinya. Bagi saya ia tidak salah, lelaki boleh berkahwin sampai empat.

“Akan tetapi berbalik kepada nasihat orang bijak pandai, bagaimana pun kita menguruskan perkahwinan itu. Daripada segi kemampuan kita untuk berlaku adil. Kalau rasa tidak boleh, tak perlulah,” katanya lagi.

“Saya Ikut Apa Allah Cakap, Nak Kata Saya Munafik… Terpulang, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka,” – Syamsul Yusof

Pelakon dan penerbit terkenal, Syamsul Yusof berharap agar semua pihak berhenti daripada mencampuri segala urusan melibatkan keluarganya selepas ini.

Menurut Syamsul, dia enggan mendengar cakap-cakap daripada orang luar sebaliknya hanya mahu mengikuti segala suruhan Allah SWT.

“Dulu saya selalu dengar nasihat mengenai jangan campur urusan rumah tangga orang. Baru sekarang saya faham kenapa. Ini urusan rumah tangga yang kamu semua tak tahu.

“Ada ustaz kata begini, ada individu yang kata begitu. Namun, saya tak nak dengar pun cakap orang itu atau orang ini kerana yang tahu mengenai rumah tangga saya hanya saya, Puteri Sarah dan Allah.

“Saya perlu ikut apa yang Allah cakap. Nak kata saya munafik, terpulanglah. Saya tak cakap saya sempurna. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Sampai bila kita suami isteri nak bergaduh dan mengaibkan sebegini?,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram pada Selesa.

Katanya lagi, dia juga sedikit kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mempersoalkan mengenai hukum hakam agama.

“Saya hanya nak dengar apa yang Allah suruh. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan maksiat. Itulah yang saya buat.

“Rasayanya masyarakat lebih rela tengok kita buat maksiat daripada ikut hukum Allah,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, pengarah filem KL Gangster ini juga memohon jasa baik semua pihak untuk tidak lagi melontarkan sebarang tomahan terhadap kedua-dua isterinya serta keluarga berhubung kemelut yang sedang melanda itu.

“Doakan yang terbaik. Cukup-cukuplah. Kepada yang faham, syukur Alhamdulillah. Tiada yang menguntungkan pun buat yang melaga-lagakan kami.

“Apapun, saya harapkan agar anda semua tidak memberikan sebarang tomahan atau memarahi kedua-dua isteri saya. Jangan kata yang tak baik kepada mereka. Kedua ibu bapa saya pun begitu.

“Kalau nak kutuk sekali pun, hinalah saya. Saya yang buat keputusan nak berkahwin. Saya ikut hukum ye bukan ikut apa yang makcik-makcik luar katakan. Saya yang bertanggungjawab atas semuanya,” akhirinya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dirinya telah selamat menikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya, Kazar Saisi.

kredit: mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *