Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak dan kuasa yang memberi kesan kepada ekonomi negara telah diberi pengkhususan masing-masing seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia.
“(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tapi itu adalah ‘wenang’ (kuasa) Bank Negara Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM.
Reaksi netizan
“Apa Guna Dan Fungsi Menteri2 Yang Rakyat Lantik Jika Gagal Membantu Rakyat..
Kalau Begitu Ketika PRU Akan Datang Jangan Dok Raih Undi Dari Rakyat..
Nenek Aku Pun Boleh Jadi Menteri Kalau MacamNi..” komen seorang netizan

Zahid pertahan Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia
Terdahulu DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia dan dunia.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pengiktirafan tersebut pernah diberikan oleh Asia Money Magazine dan Euro Money Magazine ketika Anwar menyandang jawatan itu pada tahun 1990-an dahulu.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, rekod yang dimiliki Anwar tidak pernah dicapai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin malah sangat bermasalah menguruskan negara sehingga dikenali sebagai ‘kerajaan gagal.’
“Kritikan Mahiaddin (Muhyiddin) bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia pernah surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara.
“Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof menandatangani watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri di Istana Negara.
“Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya hari ini.
Baca juga: Bukalah gimnasium, taman rekreasi, rakyat perlu bersenam
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang menganggap jemaah Menteri lantikan Anwar sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara.
Malahan bekas Perdana Menteri itu turut membidas Anwar yang melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan.
“(Ini) satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewengan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini.
“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda antirasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata,” katanya mengulas barisan Kabinet lantikan Anwar.
kredit: hmetro