Uncategorized

“Kalau dia musnah. Anaknya lebih parah”-Wanita ini beritahu kenapa dia kagum dgn perempuan seperti Sarah buat ramai setuju

“Sarah bukan tak tahu suami dia ada perempuan lain. Dia tahu. Dari dulu..

“Jangan buat pasal dengan naluri isteri. Dia boleh cam pun antara masamnya bau kentut anak dan pekatnya bau kentut suami.

“Tapi dia ambil pendekatan berbeza. Dia cari lawyer. Dia pergi berjalan dengan anak merata-rata. Dia bekerja semula. Dia tetap ngam dengan mak ayah mertua. Dia hang out dengan kawan bila ada masa.

“Dia menangis juga. Tapi menangis tu dia tak tunjuk mana.

“Dia tahu dulu mak ayah besarkan dia. Jaga dengan sempurna. Bagi makan sebaik ada. Bagi sekolah biar bijaksana. Cukupkan keperluan yang dia pinta. Supaya besar jadi orang bahagia.

“Bukan untuk dibuli. Dan bukan untuk disakiti.

“Saya suka lihat tabahnya dia bawa anak dia kemana-mana. Begitu kadang uniknya Tuhan menciptakan wanita. Tidak kita memerlukan kekuatan dari segala benda besar dan hebat di luar sana.

“Tapi cukup cuma dengan meminjam semangat dari anak kecil yang belum kenal erti apa-apa.

“Saya kagum perempuan seperti Sarah. Dia kuat kerana ingat jasa baik ibu ayah. Dia kuat kerana dia tahu ini semua takdir Allah. Dia kuat kerana dia tahu dia ibu pada anak yang masih mentah.

“Dia tahu sebagai ibu dia tak boleh menjadi lemah.

“Misi Sarah yang utama. Tidak mahu anaknya jadi mngsa chilhood trauma. Kalau dia musnah. Anaknya lebih parah.

“Dia ada banyak sebab untuk berduka dan menangis bawah pancur. Tapi dia pilih untuk jalan terus walau hati dia sedang hancur.

“Orang sabar Allah sayang.

“Sabar itu tidaklah hanya duduk berteleku mengenang takdir. Tapi sabar itu adalah cara bertindak sebaik tadbir.

“Mengambil sisi pengajaran yang baik dari kisah yang sebalik.

Kredit dan kongsian daripada Siti Suryani Yaakop

Reaksi netizan

“Selalunya Pihak Mertua akan menyokong anak sendiri tapi dalam hal ini saya betul betul Hormat kepada Datuk Haslam dan isterinya kerana mereka masih back up Sarah, ini menunjukan bahawa Sarah adalah Isteri yang baik, Ibu yang Sempurna, anak yang Taat dan Menantu yang disayangi…. Stay Strong Sarah”

‘Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri’ – Janna Nick

Dalam pada itu Pelakon Janna Nick mengajak pengikutnya untuk memboikot pengarah Syamsul Yusof yang didakwa sengaja memanipulasi konflik rumah tangga dengan isteri pertamanya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Janna menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya tampil mempertahankan Puteri Sarah yang dilaporkan dianiaya oleh suaminya selama hampir empat tahun.

“Saya sangat benci dia. Sebab itu saya lapor akaun Instagram dia. Jom sama-sama lapor dan boikot. Berani dia gunakan media sosial untuk memanipulasi dan aniaya isteri dia,” katanya.

Bagaimanapun hantaran yang dimuat naik itu difahamkan sudah dipadam pelakon itu. Menerusi hantaran berbeza, Janna turut menyifatkan Syamsul sebagai suami yang mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan dua anaknya.

“Berhenti bermanipulasi. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali.”Jangan jadi munafik. Maaf saya tak boleh,” tulisnya.

Dalam masa sama, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, turut berkongsi keperitan yang diharungi Puteri Sarah dalam menguruskan anak-anak tanpa suami di sisi.

“Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital. Bapa dia mana? Lepas tangan. Bini itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak.

“Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segalanya?” tulisnya.

Tambah Janna, dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain, tetapi berasa sedih dan marah apabila pengarah itu menuduh Puteri Sarah tidak pulang ke rumah.

“Saya tidak akan masuk campur kalau kamu diam. Dah kahwin, okay cukup. Jangan cakap dia (Puteri Sarah) derhaka. Saya marah bila dia kata isteri dia tak balik rumah.

“Kepada semua lelaki di muka bumi ini, jangan aniaya isteri. Paling teruk bila kamu guna agama untuk tutup kesalahan kamu.

“Maaf saya tidak boleh bersama lelaki seperti ini. Sumpah saya tidak boleh. Bagilah duit RM100 juta sekali pun, saya tetap tidak mahu,” katanya.

Semalam, Syamsul mengumumkan sudah berkahwin dua dengan Ira kazar di Thailand. Majlis akad nikah berkenaan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

kredit: hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *