Uncategorized

Keb4karan Jakel Shah Alam Mungkin ada unsur khianat, cuai…Kenyataan terbaru Bomba mengejutkan ramai

JABATAN Bomba dan Penyelamat menyiasat kemungkinan wujudnya unsur khianat atau kecuaian berhubung punca kebakaran terbaru di Wisma Jakel.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam berkata siasatan ke atas 16 premis yang hangus dijilat api itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari.

“Ketika ini sampel yang ada diambil dari premis dan dianalisa di makmal penyiasatan Bomba di Bukit Jelutong untuk mengenal pasti punca.

“Setakat masa sekarang, masih belum ada punca kebakaran yang dapat dikenal pasti,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Tambah Norazam siasatan akan memfokuskan kepada kemungkinan wujudnya unsur khianat untuk sengaja memulakan kebakaran atau kebakaran itu disebabkan bara api daripada kebakaran sebelumnya.

“Pihak kami akan memanggil saksi untuk disoal siasat.

“Kami juga mengerah unit anjing pengesan K9 untuk mengesan jika ada sisa petrol, minyak atau arang.

“Saya juga arahkan pasukan penyiasat memastikan bahawa tidak ada lagi kesan-kesan kebakaran yang boleh menimbulkan kebakaran berulang ,” katanya.

Jelas beliau orang awam juga tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan kebakaran yang sedang dalam siasatan.
“Hanya anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menjalankan proses membawa keluar bahan termasuk fabrik dari premis.

“Api dipadamkan sepenuhnya tetapi pemantauan rapi ke atas tempat kejadian akan tetap dijalankan,” ujarnya.
Pada Ahad, kebakaran di Wisma Jakel yang merupakan sebuah gedung pakaian dianggarkan menyebabkan kerugian bernilai RM100 juta.

Kebakaran kedua dilaporkan berlaku di premis berdekatan Wisma Jakel pada awal pagi Selasa.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.45 pagi dan kebakaran di tingkat tiga yang menyimpan langsir berjaya dikawal pada pukul 1:45 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.07 pagi.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *