Uncategorized

Kelam kabut nikah di Thailand? Ramai terhibur jenias stoking Ira Pakai

Nampaknya, masih ramai yang belum reda dan panas hati dengan khabar berita perkahwinan antara pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama isteri baharunya, Ira Kazar yang mula kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, netizen telah menemui satu ‘rahsia’ yang baru apabila mereka mendapati ada sesuatu yang pelik pada gambar perkahwinan Ira Kazar dan Syamsul Yusof.

Pakai stoking bola Syamsul ke?
Mana tidaknya, dengan ketajaman mata netizen, mereka mendakwa stoking yang disarungkan oleh Ira Kazar itu adalah stoking bola yang dipercayai kepunyaan suaminya, Syamsul Yusof.

“Siapa suruh kahwin kat Thailand, kan persiapan dah jadi kelam kabut. Terpaksa pakai stoking bola Sol. Benda dah pakai nak buat macam mana kan?,” ujar individu tersebut di dalam video.

Tajamnya mata netizen!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemilik video berkenaan yang begitu gigih meneliti setiap inci yang dipakai oleh isteri kedua Syamsul Yusof tersebut.

Ramai yang tak perasan pun stoking tu!

Mana tidaknya, ramai yang kagum dengan ketajaman mata yang dimiliki oleh pemilik video berkenaan sedangkan netizen yang lain tidak perasan dengan penampilan yang digayakan oleh Ira Kazar.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan di laman Instagramnya dimana dia sudah mengahwini Ira Kazar di Thailand.

Pendedahan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kasihan terhadap dugaan yang prlu dihadapi oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah.

“Saya undur diri.. Biar Syamsul kembali pada isteri dan anak-anaknya

“Mahu melepaskan hubungan itu dan biarlah dia kembali kepada isteri, anak-anak dan keluarga,”

Itu antara pengakuan yang pernah dibuat oleh Ira Kazar kepada kenalannya, penerbit, Datuk Ayu Puteh mengenai status hubungannya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sebelum ini.

Menurut Ayu, sebagai kenalan, dia mengakui, tahu mengenai hubungan cinta antara Ira dan Syamsul ketika isu tersebut menjadi bahan gosip ramai selain pernah menasihatkan wanita berusia 25 tahun itu untuk tidak meneruskannya.

“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.

“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,”katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Selain itu, jelas Ayu, Ira baginya merupakan seorang yang baik namun dalam isu berkawan dengan suami orang ketika itu, dia tidak dapat mengulas lanjut.

Tambah penerbit Pencil Pictures And Pictures ini, Ira juga pernah memaklumkan padanya alasan terpaksa mengunci mulut tentang kontroversi yang melanda.

“Ira beritahu, dia tutup mulut bukan sebab takut atau mengalah. Tetapi logiknya kerana dia pun ‘duduk’ di tempat itu. Walau macam mana jujur pun dia tetap akan kena. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel penyondol suami orang.

“Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi… Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia,”katanya.

Bagaimanapun, kata Ayu, pendedahan yang dibuat mengenai Ira bukan bermaksud dia menyokong tindakan wanita tersebut apatah lagi banyak pihak yang hatinya harus dijaga terutama Datuk Yusof Haslam yang cukup dihormatinya.

“Saya tak boleh komen banyak sebab mungkin ada perkara yang kita semua tak tahu. Saya menghormati keluarga Datuk Yusof, malah begitu juga Puteri Sarah. Sebagai wanita, saya faham kekecewaan yang dirasakannya.

“Tetapi apa pun, keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya, lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia buat. Dia tentunya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul sayangkan Sarah.

“Namun, perkara dah terjadi, kerosakan dah berlaku, aib pun sudah terbuka. Pun begitu, tentu ada hikmah di sebalik semua ini. Mesti ada sebab mengapa Syamsul pilih Ira dan masing-masing kena bertanggungjawab,”katanya.

Semalam, Syamsul Yusof meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul berkongsi berita itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG) semalam. –UTUSAN

Sumber: TikTok @cikrvv_, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *