Uncategorized

Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Lepas Geram. Ayat Dia Memang Makan Dalam

Bukan sahaja Janna Nick, tetapi emosi pelakon Mawar Rashid turut terganggu dengan nasib yang menimpa rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana ketika ini.

Mawar yang berbalas mesej dengan Janna di Instagram memberitahu dia juga dapat merasai kesakitan yang ditanggung Puteri Sarah memandangkan dirinya juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Aku tahu perasaan kau. Aku pun nak meletop hati ni. Aku tak boleh la lelaki jenis macam ni. Aku serius tak boleh terima jenis orang yang bahagia atas penderitaan orang lain.

“Aku dapat rasa sakit Sarah macam mana. Besar dugaan yang Sarah lalui. Aku pun ada anak, aku tahu struggle macam mana” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram Stories pada Jumaat.

Pada perkongsian sama, Janna memberitahu Mawar yang dia menangis ketika membuat panggilan video dengan Puteri Sarah.

“Mawar, aku menangis tadi masa video call Sarah. Aku menggigil ni marah sangat,” kata Janna.

Bagaimanapun, Janna yang ditemui di atas kapal cruise, Genting Dream enggan mengulas lanjut isu tersebut dan meminta untuk merujuk perkongsian Mawar di Instagram Stories sahaja.

“Tengok posting Mawar Rashid, saya dah tak nak cakap lagi,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Janna memuat naik status di Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan pendedahan Syamsul yang mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Malah, Janna turut naik berang apabila Syamsul mendakwa Puteri Sarah tidak kembali kepadanya untuk berbincang selain meminta pengarah itu untuk berhenti menjadi manipulatif.

kredit:astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *