SEKIAN lama mendiamkan diri selepas pendedahan perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar, pengarah Syamsul Yusof akhirnya memuat naik hantaran terbaharu bersama pesanan buat kedua-dua isterinya.
Dalam perkongsian terbaharunya itu, Syamsul, 39, memohon agar Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Diharap kemelut antara Sarah, Syamsul dan Ira dapat diselesaikan dengan baik.
Bersama kapsyen tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Sebelum itu, pengarah filem Munafik ini juga dilihat telah memuat naik Instastory memperlihatkan foto makanan dan video pemandangan matahari terbenam di kawasan pantai.
Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Kenyataan itu telah mencetus pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ibu bapa pengarah itu sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Menurut Yusof, dia reda dengan takdir yang telah ditentukan ini, namun berasa kecewa kerana anak lelakinya itu tidak berbincang dengannya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lain.
Perkongsian Syamsul di Instastory.
Sementara itu, ibunya Patimah juga mendedahkan tidak akan memaafkan Kazar Saisi kerana telah membenarkan anaknya bernikah dengan Syamsul.
Malah, Patimah juga tidak mengaku Kazar sebagai besan.
kredit:mstar