Umum mengetahui sikap selamba dan gila-gila pelakon Sharifah Sakinah yang sering mendapat perhatian dalam kalangan waganet.
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Storienya (IGS), Sakinah dilihat sedang mengajar pempengaruh media sosial, Yoe Parey menggunakan sebuah aplikasi untuk mencari jodoh.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Sakinah yang dilihat berada di set penggambaran untuk sebuah drama seram komedi sedang bersantai sambil mengajar Yoe Parey menggunakan aplikasi cari jodoh popular, Tinder.
“Mengajar Parey main Tinder,” tulisnya Sakinah ringkas.
Bukan itu sahaja, Sakinah turut dilihat pandai melayan Yoe Parey yang terkenal menerusi Drama Spontan di saluran YouTube.
Terdahulu, Sakinah mencuri perhatian warganet apabila melakukan sebuah trend di TikTok yang membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya.
Yoe Parey atau nama sebenarnya, Muhammad Ashrul Hakim bin Lukman merupakan antara pelakon yang menjayakan slot Drama Spontan di saluran YouTube milik bintang media sosial, Syahmi Sazli.
Telatah bersahaja Yoe dalam menuturkan dialog secara spontan cukup menghiburkan dan berjaya menceriakan hari netizen, sekaligus melonjakkan popularitinya di platform video popular itu.
Biodata Yoe Parey
1. Nama sebenarnya, Muhammad Ashrul Hakim bin Lukman.
2. Menggunakan nama komersial, Yoe Parey.
3. Kelahiran Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1998.
4. Berumur 22 tahun (2020).
5. Laman sosial Instagramnya atas nama @yoe_parey sehingga kini sudah mengumpul lebih 580,000 pengikut.
Fakta Menarik
Nama Yoe Parey diilhamkan kerana dirinya yang sering diejek rakan sebaya dengan jolokan ‘Yoe Parang’.
Selain berlakon, dia juga menyimpan bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Gemar memuat naik rakaman nyanyian di Instagram untuk menghiburkan para pengikut.
Mempunyai masalah pembelajaran.
Mula mengenali Syahmi Sazli selepas youtuber itu melihat aksinya dalam sebuah video live di media sosial.
Drama lakonan pertamanya bersama Syahmi adalah menerusi watak inspektor dalam ‘Drama Spontan 6’ yang sekaligus melonjakkan popularitinya.
Berlakon tanpa bekalan skrip, sebaliknya hanya beraksi secara spontan kerana berdepan masalah mengeja sebagaimana rakan gandingannya, Asif.
Namanya pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti dan instafamous wanita popular seperti Bella Astillah, Wanie dan Sai.
Turut menjana pendapatan dengan mengusahakan gerai pisang goreng yang merupakan perniagaan bersama abangnya.
kredit: xtra, https://iluminasi.com/