Aktres terkenal Indonesia iaitu Venna Melinda membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa suaminya yang juga merupakan seorang pelakon telah melakukan keganasan rumah tangga terhadapnya.
Pelakon dipukul suami?

Foto: Venna Melinda (Suara.com)
Memetik laporan Detik.com, Venna dipercayai dipukul oleh suaminya, Ferry Irawan sehingga berlumuran darah dalam satu kejadian di sebuah hotel pada 8 Januari lalu. Susulan daripada itu, Venna telah tampil membuat laporan di balai polis bahkan dia juga membawa sehelai kain tuala dan pakaian yang berlumuran darah sebagai barang bukti.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang mengaku sebagai saksi mendakwa dia berada di sebelah bilik Venna dan mendengar teriakan aktres itu. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan Ferry juga dikatakan sudah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.
Sebagai rekod, Ferry dan Venna telah sah bergelar suami isteri pada 7 Mac 2022.
Vennar Melinda adalah seorang model dan artis senior Indonesia dan merupakan Puteri Indonesia 1994. Nama asalnya adalah Venna Melinda Brugila.
Di luar itu, Venna Melinda adalah keturunan Bali. Lahir pada 29 Juli 1972, umur Venna Melinda pada 2023 ini memasuki 51 tahun.
Selain artis, Venna Melinda pernah menjadi anggota DPR RI pada 2014-2019 dari Partai Demokrat. Pada Pileg 2019, ia mencalonkan diri kembali dari Partai NasDem namun gagal.
Biodata
Agar kenal lebih dekat, inilah biodata Venna Melinda selengkapnya:
Nama Lengkap: Venna Melinda Brugila
Nama Komersial: Venna Melinda
Tempat Lahir: Surabaya
Tarikh l Lahir: 29 Juli 1972
Umur: 51 tahun di tahun 2023
Agama: Islam
Prestasi: Puteri Indonesia 1994, Miss Universe 1994, DPR RI 2014
Nama IBU BAPA: Jimmy Rekartono dan Made Ayumade Rachmawati
Mantan Suami: Ivan Fadhilla Soedjoko
Suami : Ferry Irawan
Anak: Verrel Bramasta, Athalla Naufal, Vania Athabina
Jangan Sakiti Hati Isteri Kerana Ia Menyulitkan Rezeki Datang Dekat!
Seorang suami adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Suami berperanan menyayangi, menafkahi serta menjaga keluarganya. Syurga seorang isteri ada pada diri seorang suami. Isteri yang menuruti segala permintaan dan perintah suami maka jaminannya adalah syurga nan abadi.
Terkadang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sering dipandang rendah oleh sesetengah suami. Hal itu membuatkan suami menggunakan kuasa vetonya untuk menyakiti hati isteri kerana merasakan dia berhak berbuat demikian.
Jika suami sering melukai hati isteri dan dia tidak meminta maaf serta berusaha untuk mengubah sikap buruknya itu maka ia akan membuatkan pintu rezekinya tertutup.
Padahal membahagiakan isteri akan membuka pintu rezeki untuk keluarganya. Apakah kebenarannya menyakiti hati isteri akan menutup pintu rezeki? Berikut sedikit ulasan mengenai isu tersebut.
ISTERI MENJADI KURANG BERSYUKUR
Orang yang merasa dizalimi, teraniaya ataupun sakit hati atas perbuatan orang lain terhadap dirinya, Allah akan memakbulkan doanya. Sama halnya dalam rumah tangga, isteri yang merasa tersakiti atas perbuatan suami maka doanya akan dimakbulkan. Selain itu, isteri yang sering disakiti oleh suaminya akan merasa kurang bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya. Di saat seorang isteri merasa tersakiti, pintu rezeki untuk suaminya seolah-olah tertutup.
SUAMI TIDAK DILAYANI DENGAN BAIK
Jika hati seorang isteri sedang terluka atas perbuatan suaminya, dia akan tidak ikhlas dalam melayani suaminya. Jika dia melakukannnya pun, dia akan melakukannya dengan hati yang kesal, tidak ikhlas dan paksa rela. Cuba bayangkan pada waktu pagi yang biasanya isteri menyiapkan sarapan, tapi di saat anda berdua sedang bertengkar, isteri tetap menyediakan sarapan untuk suaminya tetapi dalam keadaan yang marah. Jadinya rezeki suami akan tertutup lantaran menyakiti hati isterinya.
ISTERI RASA TERPAKSA MENGHORMATI SUAMI
Bila hati seorang isteri sedang terluka kerana perlakuan suami terhadap dirinya maka ia akan membuatkan isteri sudah malas bahkan tidak peduli dengan apa yang sedang dilakukan oleh suaminya. Secara tidak langsung peranan seorang isteri sebagai penyokong kuat suami atau tulang belakang suami tidak lagi seperti yang sepatutnya. Maka berjuanglah suami seorang diri tanpa doa dan sokongan daripada seorang isteri.
PERASAAN DENDAM PADA DIRI SEORANG ISTERI
Bagi suami yang memiliki isteri dengan sifat sensitif, suami perlu lebih berhati-hati. Ini kerana seorang isteri yang sensitif akan mudah tersinggung malah lebih buruk lagi akan menyimpan dendam kesumat kepada suaminya. Awas! Ia boleh menjadi racun dalam institusi perkahwinan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan begitu sahaja akan mempengaruhi seluruh keluarga. Dan perasaan buruk tersebut dapat menunda rezeki yang datang. Tidak hanya itu sahaja, jika perasaan negatif tersebut tidak berkesudahan, ia boleh menimbulkan musibah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.
Sumber: Detik.com, pesona pengantin