Kecoh diperkatakan hari ini mengenai satu kejadian membabitkan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan yang bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam laporan Kosmo! berkata, isteri kedua tampil membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 2.18 pagi.
Berlaku tarik menarik rambut
Menurut pengadu, suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut. Suspek dikatakan berang dan mendakwa pengadu berkahwin dengan suaminya secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.
Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.
Mereka dilaporkan turut bertengkar di luar premis. Isteri pertama difahamkan turut membuat laporan polis dan kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih dipanggil untuk beri keterangan.
Penonton dakwa Janna Nick punca
Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik satu hantaran di laman Instagram menitipkan pesanan kepada pihak produksi TV3 berhubung program realiti nyanyian Famili Duo.
Menurut laporan Cari Forum, pelakon berusia 51 tahun itu meminta agar perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan tidak diulas atau dijadikan sebagai bahan jenaka.
Ini kerana bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih bola sepak tersebut, Datin Zalina Zaini yang juga anak saudaranya.
Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, rakan artis Datuk Fizz Fairuz berkongsi semula perkara itu di Instagram miliknya.

Janna Nick Masuk Komen
Berikutan itu, selebriti popular Janna Nick ada muncul di ruangan komen meminta gambar tangkap layar memaparkannya sebagai pengacara program berkenaan dipadam.
Malah, dia juga memohon maaf kerana tidak sensitif berhubung hal yang tidak diketahui atau dimaklumkan kepadanya lebih awal.
“Salam, tolong padam gambar saya sebab saya takde kena mengena dengan masalah keluarga ni. Maaf kerana tidak sensitif tentang perkara saya tidak tahu atau diberitahu lebih awal,” tulisnya.
Namun begitu, rata-rata netizen atau penonton sendiri membidas kenyataan Janna mendakwa dia yang memulakan isu tersebut dengan melontar soalan provokasi terhadap Fyna.
Puncanya awak la?
Jadi pengacara jangan cakap main lepas je
Bagaimanapun, segelintir individu menganggap soalan diajukan Janna tidak perlu diperbesarkan memandangkan perkahwinan Fyna dengan Zainal sudah diketahui umum.
Tak perlu salahkan pengacara
Terdahulu, Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya di sebuah restoran mamak di Shah Alam, Selangor.
Isu Gaduh Tarik Rambut Di Restoran, Fyna Jebat Ada Sebab Enggan Ulas Lanjut
Terbaru, Media Hiburan melaporkan, penyanyi terkenal Ayda Jebat mewakili adiknya enggan memberikan ulasan lanjut mengenai insiden yang berlaku Isnin lalu.
Serah siasatan kepada polis
Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.
Kata peserta Famili Duo ini lagi, kes ini kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas kedua-dua pihak tampil membuat laporan.
Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam.
Sumber: Cari Forum , Instagram Fizz Fairuz