Puteri Sarah menangls? Kongsi detik2 indah bersama anak, Reaksi Sarah lap airmata buat ramai hati tersentuh

Beberapa hari sebelum memfailkan perpisahan kepada Syamsul semalam, gelagat Puteri Sarah bersama anak-anaknya dalam sebuah iklan runtun jiwa ramai.

Tatkala dia melakukan isyarat ‘high five’, sebaliknya Syaikhul Islam menarik dan mengucup tangan ibunya tersebut dengan penuh kasih sayang. Semangat cerita pasal 1 mainan dengan krew… Syaikhul pandai cuit hati & keletah dia memang matang.

Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.

Cara duduk pun persis tuan pengarah…tapi reaksi Puteri Sarah di sebelah curl perhatian. Tak cukup dengan itu, cara duduk Syaikhul Islam dalam salah satu klip belakang tadbir ini juga persis gaya seorang pengarah.

Walau bagaimanapun, reaksi ibunya yang kebetulan berada di sebelah Iebih mencuri perhatian. Hal ini kerana, Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata sambil lihat telefon pintarnya.

Makin handsome pula Syaikhul ni…perasan Sarah lap air mata, menangislah jangan disimpan
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen senang melihat reaksi ceria Syaikhul dan Sumayyah sepanjang bersama ibu tercinta.

Walau bagaimanapun, mereka akui sebak melihat keadaan Puteri Sarah dalam rakaman itu sekali gus menitipkan doa serta nasihat murni kepadanya.

“Syaikhul ikut ayah jadi pengarah tak apa tapi jangan ikut perangai ayah yg abaikan mama ye sayang”

“saya nampak sarah lap air mata..hidungnya merah.

Allahuakbar, kuatkan hatinya Ya Allah”

“menangis lah jangan simpan sayang. Allah maha baik..DIA tahu apa yg terbaik utk Sarah dan anak2” “in shaa Allah ad hikmah setiap g berlaku. Anak2 lebih memahami isi hati ibu & keadaan sekeliling. Allah Maha Mengetahui segala sesatu”

‘Dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku…’

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, enggan melayan emosi dengan mendengar lagu sedih ketika berdepan dengan krisis rumah tangga.

Enggan terus hidup berendam air mata, Puteri Sarah berkata, dia lebih gemar mendengar lagu yang mempunyai lirik positif dan mampu memberi motivasi untuk bangkit daripada kekecewaan.

“Sarah memang tak layan lagu sedih pada saat-saat begini. Lagu yang Sarah dengar sekarang liriknya lebih kepada membina semangat.”Liriknya berbunyi begini ‘dunia belum berakhir, bila kau putuskan aku’… Lagu ini dinyanyikan oleh Shaden Band,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini mengulas pertanyaan lagu apakah yang sering didengar untuk mengubati kekecewaannya itu.

Tambah Puteri Sarah, zaman untuk meratapi kehancuran rumah tangga sudah lama berlalu dan kini, hatinya sudah cukup kental untuk menghadapi apa sahaja ujian yang bakal mendatang.

“Krisis rumah tangga kami sudah lama berlaku dan Sarah kini lebih kuat kerana ada keluarga dan anak-anak di sisi.

“Walaupun Sarah sudah failkan perceraian, tetapi Sarah tak sedih pun. Sarah harap jangan ada sesiapa menangis kerana Sarah,” pinta pelakon drama rantaian Aku Seorang Perempuan ini.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu terus berlarutan apabila suaminya yang juga pengarah kontroversi membuat pengakuan sudah bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Kecewa dengan pendedahan Syamsul dan enggan hidup bermadu, Puteri Sarah nekad untuk memfailkan perceraian, Isnin lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Sumber : Kisahdunia, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *