Uncategorized

Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Tak Sangka Ini Keputusan Syamsul Yusof

Kuala Lumpur: “Jika mahu dilepaskan atau mahu bersama, kita berbincanglah di rumah. Lebih baik kita hentikan membuka aib masing-masing di media sosial. Kita membuka ruang kepada netizen untuk terus menghakimi.”

Itu kata pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof menerusi video di Instagram, malam tadi susulan permintaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mahu ‘dilepaskan’ kerana tidak rela dimadu.

Puteri Sarah yang memuat naik ‘permintaannya’ itu di Instagram petang semalam turut mendakwa Syamsul masih menyekat nombor telefonnya.

Syamsul berkata, dia mempunyai sebab kenapa perlu menyekat nombor telefon Puteri Sarah kerana dia tidak suka bergaduh.
Advertisement

Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seolah-olah tidak ada lagi rasa hormat terhadapnya sebagai suami.

“Bagaimana kita hendak berkomunikasi jika begitu? Ia memudaratkan jadi saya mengambil pendekatan untuk ‘block’ (sekat) kerana saya tidak mahu hubungan kita bertambah keruh.

“Namun, saya sama sekali tidak pernah tidak menghiraukan awak (Puteri Sarah). Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Awak mahu duit saya berikan, malah awak mahu dua orang gaji juga saya sediakan.

“Malah, kita juga ada berkomunikasi ketika saya hendak mengambil anak-anak menerusi orang gaji, ibu saya, adik saya dan adik awak,” katanya.

Syamsul berkata, walaupun dia menyekat nombor telefon Puteri Sarah tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan.

“Sejak dulu lagi saya tidak suka untuk berkongsi semuanya di media sosial tetapi memandangkan isteri saya memulakan, jadi saya bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan.

“Kalau anda di luar sana tidak tahu cerita sebenar, jangan jatuhkan hukum. Anda hanya mendengar dari sebelah pihak saja. Saya diam dan telan namun keadaan bertambah buruk.

“Saya ada ajak berbincang. Ini dapat dilihat daripada video-video yang saya muat naik sebelum ini. Kita berbincanglah di rumah jangan babitkan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul menganggap semua yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT terhadapnya.

“Mereka yang mengutuk saya, biarlah Allah saja yang membalas semuanya,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Syamsul memuat naik hantaran di Instagram yang berharap kedua-duanya isterinya itu bersabar dan bertenang.

Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memohon doa yang baik-baik untuk mereka.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *