Ramai rasa tak selamat nak cuba pakaian dapat tahu ada CCTV dalam fitting room butik terkenal. Ini kenyataan Pihak P0lis

TAKUT! Sudah pasti perasaan inilah yang terlintas apabila melihat satu ciapan tular di media sosial baru-baru ini.

Hantaran tersebut merupakan tangkap layar memaparkan empat video berbeza yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah premis pakaian H&M di ibu kota.

Difahamkan, video tersebut ‘dijual’ oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai meletakkan CCTV bagi merakam gerak geri pelanggan yang mencuba pakaian di bilik persalinan (fitting room).

Malah, menerusi salah satu daripada empat tangkap layar rakaman, CCTV yang dipasang juga secara tidak sengaja merakam aksi tidak senonoh pasangan kekasih di dalam fitting room tersebut.

Hantaran asal yang tular.

“Memang lepas ni beli baju tak ada nak fitting-fitting (mencuba pakaian) bagai. B**i scary s**l.

“Wanita di luar sana, sila berhati-hati,” tulis pelayar tersebut di ruangan kapsyen.

Susulan hantaran yang menjadi tular, pelayar itu kemudian memuat naik satu mesej didakwa dihantar oleh ‘mangsa’ yang mengaku dirinya adalah salah seorang individu dalam tangkap layar rakaman itu.

Menurut mangsa, rakaman dibuat sekitar Oktober 2022.

“Saya jumpa awak punya (akaun) Twitter tentang fitting room tu. Boleh saya tahu dari mana datangnya semua video tu? Sebab salah seorang dalam video tu adalah saya.

“Video tu membuatkan saya rasa malu apabila dimuat naik secara umum. Saya harap awak boleh tolong saya,” luah mangsa.

Salah seorang mangsa tampil mengesahkan posting yang tular.

Dalam bebenang ciapan tersebut, pelayar ini mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Pada hantaran sama, dia juga mendedahkan tentang keberadaan kamera yang dipasang dalam bilik persalinan itu berdasarkan satu lagi mesej yang dihantar mangsa.

“Saya ada teringat sesuatu. Masa ni saya dekat fitting room hujung belah kiri,” dakwa mangsa mengimbas kembali kejadian pada hari tersebut.

Terbaharu, premis pakaian berjenama H&M menghubungi pelayar tersebut dengan menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berikutan isu tular ini.

“Keselamatan semua pelanggan merupakan perkara paling penting bagi kami.

Pihak H&M membuat laporan polis berkenaan isu berbangkit.

“Satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami juga telah menjalankan pemeriksaan di semua bilik persalinan dan memastikan bahawa tiada sebarang ‘pencerobohan’ sekuriti yang menjejaskan privasi pelanggan kami,” katanya.

Hantaran asal itu bagaimanapun dipadam oleh pelayar tersebut namun menjadi tular di media sosial lain.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka susulan tangkap layar tular ini.

Komen netizen di Twitter yang bimbang mengenai isu tersebut.

” Takutnya! Nasiblah saya jenis tak cuba baju. Main agak-agak saja sebab memang malas. Tambah pula kejadian macam ni. Apa bendalah.

“Entahlah… tak tahu nak komen apa. Takut pula jadi mangsa nanti. Moga dijauhkan.

“Takut aku. Dah la selalu masuk fitting room H&M,” komen beberapa pelayar di Twitter.

Polis siasat laporan kamera tersembunyi di bilik persalinan

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 4.38 petang, pada Isnin.

“Laporan dibuat oleh pengurus kawalan keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi, kita telah menjalankan siasatan di premis pengadu dan didapati kejadian bukan berlaku di situ.

“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, perbuatan tersebut merupakan kesalahan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” ujarnya.

kredit: mstar, sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *