Uncategorized

Ramai ucap takziah ingat ibu meninggal dunia, Ernie Zakri beritahu siapa sebenarnya yang meninggal

CIAPAN di Twitter yang ditulis penyanyi Ernie Zakri berkaitan kehilangan seorang ahli keluarganya menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen kerana menyangka ibunya meninggal dunia.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, bagaimanapun menjelaskan ciapan tersebut ditujukan kepada ibu saudaranya iaitu Aishah Mohd yang meninggal dunia pada Rabu.

“Maaf mungkin ada yang salah faham. Ibu saudara yang meninggal dunia. Bukan ibu saya. Terima kasih untuk doa-doa kalian,” katanya.

Ernie membuat penjelasan itu di Instastory miliknya.

Kapsyen yang ditulis Ernie telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikut

Dalam pada itu, Ernie menyifatkan ibu saudaranya itu sebagai seorang yang baik hati dan berasa sedih atas pemergiaannya yang dipanggil sebagai Umi.

“Saya kehilangan orang yang saya sayang hari ini. Ibu saudara saya yang sangat baik hati. Saya sangat sedih.

“Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu hingga sekarang. Al-Fatihah,” katanya.

Meskipun ramai salah faham namun pengikutnya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ernie dan mendoakan kesejahteraan ke atas arwah.

“Takziah buat Ernie dan seluruh keluarga. Semoga Allah kurniakan darjat tertinggi dan diampunkan segala kesilapannya sepanjang hayat di dunia.

Peminat ucap takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah ibu saudara Ernie

“Semoga diampunkan segala dosa arwah umi Ernie dan ditempatkan dikalangan yang beriman. Semoga Ernie sekeluarga tabah menerima ujian kehilangan insan tersayang. Semoga Allah gantikan kesedihan ini dengan satu rezeki yang lebih baik,” komen netizen.

Terdahulu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini menulis kapsyen di akaun Twitter miliknya bahawa seseorang yang istimewa dalam hidupnya telah pergi dan netizen beranggapan bahawa Ernie kehilangan ibu tersayang.

“Kami telah kehilangan seseorang yang istimewa pada hari ini. Sentiasa istimewa di hati saya. Umi saya. Al-Fatihah,” tulisnya.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *