Uncategorized

Rita Rudaini Dedah Apa Yang Menimpa Puteri Sarah Sama Seperti Dia, Cuma Ada Sedikit Berbeza. Rita Rudaini Terang Kenapa

Pelakon jelita, Rita Rudaini menyelar tindakan segelintir pihak yang kurang senang dengan segala perkongsian dan pendedahan dibuat pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang empat tahun berdepan konflik rumah tangga akibat kehadiran orang ketiga.

Rita ketika dihubungi berkata, tindakan Puteri Sarah berkongsi setiap masalah yang berlaku di media sosial adalah untuk memastikan segala proses yang dilakukan berjalan lancar dan menjawab segala persoalan media berhubung isu rumah tangganya selama ini.

“Saya tak faham apabila wujud segelintir pihak yang marah dan mempersoalkan tindakan Sarah yang berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi di media sosial.

“Perkara ini tidak terjadi pada diri anda sendiri, sebaliknya pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Sebagai selebriti kami tak boleh ambil pendekatan untuk terus berdiam diri sepanjang masa.

“Kalau kami diam nanti netizen akan terus mengecam. Jadi jalan terbaik adalah berkongsi segala masalah dan proses yang dilakukan. Apa yang dilakukan itu bukan ‘meroyan’ sebaliknya kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta anak-anak yang perlu dibela.

“Apatah lagi Sarah perlu bertanggungjawab terhadap setiap masalah yang perlu ditanggung seorang diri. Cerita penderitaan yang dihadapi Sarah hampir serupa dengan saya, cuma Sarah ada ‘tongkat’ yang kuat iaitu keluarga mentua yang sangat baik.

“Sedangkan saya pula hanya berjuang seorang diri. Saya pernah diserang bertubi-tubi. Tapi apapun saya kasihan dengan Sarah yang penat cari duit seorang diri. Jadi janganlah marah atau meluat dengan tindakan yang dibuatnya itu. Anda pun kalau suami atau teman wanita pandang wanita lain pun sudah jeling mata,” katanya.

Menurut Rita, Syamsul mempunyai hak untuk berkahwin lebih daripada satu, tetapi sebagai ketua keluarga dia perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum mengambil keputusan berkahwin dua.

“Kalau dia nak kahwin dua atau tiga memang tidak salah, tapi cara yang dilakukan itu tidak tepat. Sepatutnya apabila ada masalah dia kena balik ke rumah untuk selesaikan. Walaupun dia tidak suka dengan isterinya dan mahu bernikah lagi, dia patut cakap dengan isterinya.

“Dia patut berterus terang supaya isteri itu tidak tertanya-tanya. Bukan selepas dah buat (kahwin) baru nak panggil isteri. Itu satu tindakan yang salah. Kemudian si isteri pula dipersalahkan sedangkan dia tidak lari ke mana pun.

“Sarah hanya berada di rumah keluarga Syamsul. Jadi siapa yang lari? Siapa yang tidak mahu jumpa? Sarah ini hanya menunggu masalah itu diselesaikan, tapi tiada tindakan dibuat.

“Walaupun Sarah kelihatan kuat, tapi saya tahu jauh di sudut hati dia sedang menangis, lebih-lebih lagi ketika melihat anak-anaknya. Perasan sedih itu memang perlu ada dalam diri setiap orang,” katanya.

Dalam masa sama, Rita mempersoalkan tindakan Ira yang kini sudah bergelar isteri kedua kepada Syamsul yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga ini.

“Kalau dia perempuan yang baik, dia akan menasihati suaminya untuk bertanggungjawab. Dia patut minta suaminya untuk balik ke rumah dan selesaikan apa yang berlaku dengan isteri pertamanya.

“Wanita itu juga perlu menasihatkan agar suaminya tidak memutuskan silaturahim dengan kedua ibu bapanya dan mengetahui kedudukannya,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *