Rupanya Penerbit Famili Duo Suami Kepada Mas Idayu, Ini Kata2 Suami Selepas Tengok Mas Idayu Teruk Kena Kec4m

Seperti yang ramai tahu, isu mengenai penyanyi, Sissy Imann yang terkilan dengan komen pedas juri tetap, Mas Idayu dalan rancangan program nyanyian Famili Duo kini menjadi bualan ramai.

Isu tersebut menjadi lebih keruh apabila Sissy memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melancarkan album terbarunya dan mengambil keputusan untuk menjual secara derma dengan harga RM20.

PELAKON dan pengacara Datuk AC Mizal dalam nada sindiran meminta individu yang gemar menjatuhkan maruah orang agar menerbitkan program televisyen yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta pertandingan.

AC atau Mizal Zaini, 52, dalam nada sindiran turut meminta individu tersebut agar menerbitkan rancangan televisyen sendiri yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta.

“Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke? Awak itu dah sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen!

“Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang,” katanya.

“Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena.

“Saya dah dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan,” katanya.

Tambah AC, dalam usaha mendidik perlulah menggunakan kaedah yang tepat sekali gus menghargai usaha diberikan oleh peserta.

Saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan.

“Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik.

“Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai! Tiada orang yang sempurna,” katanya lagi.

Tampil memberi penjelasan, suami kepada Mas Idayu iaitu Muhammad Sufian Che Isa yang juga merupakan penerbit probram tersebut berkata ramai yang telah menjangka komen yang diberikan isterinya.

“Saya Tak Boleh Cakap Siapa Betul Siapa Salah” – Dikecam Bagi Komen ‘Pedas’, Suami ‘Backup’ Mas Idayu
Mungkin kita dah bertanding dalam 6 minggu, diorang ni sebenarnya penat dari segi fizikal dan mental.

Menurut Sufian, dia faham apabila peserta ditegur dengan keadaan begitu dengan cara yang begitu dan mengerti dengan cara penerimaan Sissy.

Tapi saya tidak boleh kata, siapa betul dan siapa yang salah, itu adalah berdasarkan cara penerimaan masing-masing.

Saya harap peserta tidak terlalu kecewa, tidak terlalu down dengan teguran dan sebagainya.

Dalam pada itu, Sufian berharap peserta rancangan program tersebut terus kuat berjuang dalam bertanding dan kembali dengan persembahan yang lebih baik.

VIDEO:

Netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

Susulan rasa tidak puas terhadap cara penjurian Mas Idayu pada minggu keenam Famili Duo baru-baru ini, netizen mendesak agar penyanyi dangdut itu menyertai program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV).

Cadangan tersebut disuarakan netizen kerana mereka mahu melihat sejauh atau sehebat mana nyanyian penyanyi itu sementelah dia kerap menghentam peserta dalam beberapa buah program realiti sebelum ini.

“Saya cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza! Kalau berani, masuklah!

“Retweet (ulang kicau) tanda setuju. Like (suka) tanda setuju juga tapi dalam bukan versi retweet,” tulis seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem.

Perkongsian tersebut menuai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju sekiranya Mas Idayu menyertai GV kerana mereka tidak sabar melihat dia pula menerima komen dan kritikan daripada juri.

Bagaimanapun, terdapat juga balasan beberapa netizen yang berseloroh membayangkan situasi sekiranya penyanyi itu benar-benar menjadi peserta GV.

“Risau tak sempat juri nak komen, dia dah komen juri dulu,” balas seorang pengguna.

“Dia masuk Ceria Popstar pun tak lepas minggu kedua,” seloroh netizen lain.

Sementara itu, sejak isu membabitkan Mas Idayu tular, media sosial mula dibanjiri beberapa video lama penyanyi itu.

Antaranya sebuah video ketika dia menjadi juri bagi sesi uji bakat sebuah program realiti beberapa tahun lalu.

Dalam video berkenaan, seorang peserta lelaki mempersoalkan adakah dia boleh menyanyi dan suaranya sedap.

“Throwback (imbau kembali),” tulis netizen yang memuat naik video berkenaan dalam Twitter.

Sumber : Beautiful Nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *