Drama melibatkan pasangan selebriti tanah air iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berterusan sehingga ke hari ini apabila timbul pula dakwaan Syamsul Yusof telah bernikah dengan Ira Kazar selaku anak kepada Kazar Sais di Thailand.
Dakwaan yang dikongsikan menerusi Instagram Story Puteri Sarah Liyana tersebut sekaligus telah meraih perhatian ramai meskipun tidak membuat pengakuan sebenar.
“Ramai tanya Sarah pasal berita perkahwinan Syamsul dan Ira ini. Ada juga yang tidak berpuas hati.
“Sebagai isteri, wajib taat kepada suami, tetapi suka ke apabila dapat tahu mereka berkahwin di Thailand? Selepas itu, tak mengaku? persoal Puteri Sarah Liyana.
Bukan itu sahaja, beliau turut mengingatkan suaminya mengenai tindakan untuk memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Beliau yang kini berada di Disneyland bersama dua anaknya itu sebelum ini turut berkongsi sebuah mesej yang memaklumkan Syamsul sudahpun berkahwin dengan seseorang.
“Sebenarnya, saya sudah lama mendapat mesej langsung mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira.
“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Saya tak kuasa ambil peduli disebabkan dulu cerita kahwin hanya desas-desus.
“Apabila makin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung. Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.
“Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” katanya
Video Pengakuan Syamsul sudah bernikah dengan ira kazar berwalikan Kazar sendiri
KUALA LUMPUR: Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.
Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebenar tadi.
Tidak menyatakan lokasi pernikahan, akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.
Puteri Sarah beri bayangan Syamsul, Ira nikah secara senyap?
“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.
Syamsul mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.
“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.
“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.
“Saya bernikah secara sah dengan Ira, tetapi bukan di Thailand seperti heboh diperkatakan. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.
Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.
“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
Reaksi netizan
Selamat pengantin baru
Untuk pengetahuan, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 lalu serta telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.