Uncategorized

Spekulasi gedung Jakel sengaja dib4kar: Ini reaksi polis

SHAH ALAM: Polis meminta orang awam untuk tidak membuat spekulasi berkaitan punca kebakaran Wisma Jakel Shah Alam awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menyiasat punca kebakaran.

“Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak membuat spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini.

“Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan,” katanya mengulas dakwaan beberapa netizen bahawa kebakaran di gedung tekstil Jakel disengajakan.

Litar pintas punca kebakaran Wisma Jakel
Mercedes, Volkswagen terbakar
Beliau berkata, setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) daripada mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemilik sekiranya laporan siasatan bomba membuktikan sebaliknya.

Semalam, gedung tekstil musnah dalam kebakaran yang bermula sekitar 7 pagi.

Susulan kebakaran itu, pengurusan Jakel menganggarkan kerugian awal hampir RM100 juta.

Jumlah itu bagaimanapun hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan.

kredit:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *