Uncategorized

Suami selalu ambil cuti sama dgn awek satu ofis! Rupanya ini yg mereka rancang sampai Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

CUR4NG dan dicur4ngi sememangnya menjadi dugaan dalam perkahwinan.

Walaupun bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, namun kesetiaan dan persefahaman menjadi perkara penting untuk mengukuhkan hubungan suami dan isteri.

Begitulah yang terjadi kepada seorang isteri yang telah berkahwin hampir tujuh tahun dan dikurniakan dua cahaya mata dengan yang bongsu baru berusia 11 bulan.

Menurut satu perkongsian, wanita yang berusia 32 tahun itu mengakui perkahwinan mereka sangat bahagia sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak diduga.

“Suami dan saya masing-masing bekerja biasa sahaja, walaupun kami ada masters dan degree, tapi mungkin belum rezeki nak dapat kerja dalam bidang, jadi kami bersyukur dapat kerja kilang.

“Tapi saya perasan perubahan suami. Dia cepat marah apabila saya ada silap sikit ataupun apabila anak-anak main kasar sikit dengan dia. Dia pernah tertolak anak yang nak main panjat-panjat kat badan,” luahnya mengenai suaminya yang berusia 28 tahun.

Wanita itu menjumpai sesuatu menerusi aplikasi WhatsApp suaminya. -gambar hiasan

Berasa tidak sedap hati, dia kemudian mencari jalan untuk mengetahui punca sehinggalah ternampak mesej yang mencurigakan menerusi aplikasi WhatsApp suaminya.

“Kami tak pernah rahsia apa-apa password telefon pun, saya tak dapat kesan sebarang perkara yang mencurigakan dalam tu. Tapi Allah Maha Besar, Dia gerakkan hati saya nak buka WhatsApp dari telefon saya, saya ternampak ada seorang perempuan mesej dia bila waktu kerja.

“Mesej yang bukan untuk kawan-kawan biasa, mesej yang ada sayang-sayang. Saya masa tu tengah kerja, hanya Tuhan yang tahu macam mana rasa nak menjerit terkejut apabila baca perbualan mereka,” katanya menerusi perkongsian di laman Twitter TwtMalayWedding.

Saya dapat tengok dia banyak ambil cuti tanpa pengetahuan saya, dan cuti dia sama dengan perempuan tu.
ISTERI
Rupa-rupanya pihak ketiga itu merupakan pekerja baharu di tempat kerja suaminya, dan dia cuba bersemuka dengan suami mengenai perkara tersebut secara baik.

“Dia minta maaf. Katanya dia hanya main-main saja dengan perempuan tu, sebab kawan-kawan kerja suka usik dia dan perempuan tu. Allah, ayat tu je pun dah buat hati saya hampir hancur.

“Since saya dah tahu mereka mesej, mungkin mereka dah berhenti WhatsApp untuk sementara waktu. Saya cuba lagi korek rahsia macam-macam,” katanya lagi sambil menambah pihak ketiga itu bekerja bersama suaminya yang merupakan ketua di bahagian di tempat mereka bertugas..

Antara luahan wanita itu di Twitter TwtMalayWedding.

Menurut wanita itu, hasil siasatan menemui satu resit restoran untuk ‘makan dua orang’ pada hari suaminya sepatutnya bekerja, ketika hendak membasuh baju.

“Saya cuba lagi tanya baik-baik, dia minta maaf lagi. Dari situ saya rasa mesti ada lagi something yang saya tak tahu. Jadi, saya cuba buka nak tengok kehadiran, okay jackpot!

“Saya dapat tengok dia banyak ambil cuti tanpa pengetahuan saya, dan cuti dia sama dengan perempuan tu. Sumpah hati saya betul-betul hancur masa tu.

“Saya nak menangis pun takut sebab suami saya sekarang akan marah-marah kalau saya menangis sekalipun, malah dia tak akan pujuk sampailah pagi. Baru dia minta maaf.

“Sekarang, saya masih ada rasa insecure. Walaupun dia dah janji sumpah semua cakap tak ada apa-apa dah, dan minta saya percaya lagi kat dia. Saya masih rasa insecure dan sangat trauma,” katanya menerusi perkongsian di Twitter.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *