Uncategorized

Suhaimi Saad Kata Nak Kahwin 2, Ini Respon Win Bini Dia

Sejak minggu lagi, hangat diperkatakan mengenai isu poligami apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengaku dia telah sah bernikah dengan Ira Kazar.

Pengakuan Syamsul itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membahaskan isu poligami ini.

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad pun tak terlepas daripada isu semasa apabila dia secara berseloroh memberitahu isterinya, Ina Naim mahu kahwin lagi.

Ini respon win Ina Naim, setepek kena!

Kata Ina, Syamsul seorang pengarah dan pelakon yang kaya raya malah bapanya, Datuk Yusof Haslam juga seorang yang berharta. Ina mempersoalkan apakah yang ada dengan suaminya untuk melayakkan poligami.

Abang, Syamsul tu kaya pak dia pun kaya raya. Rumah besar kereta besar. Abang apa ada? Hidung je besar.

Dalam hantaran video lain, Suhaimi sekali lagi cuba nasib dengan bertanya seandainya dia mampu adakah Ina membenarkan poligami.

Ina Naim sambil ketawa menjawab tak perlu poligami membuatkan Suhaimi Saad melabel wanita semuanya sama.

Aiyoo sempat lagi mengusik isteri ya..

Kredit: TikTok Suhaimi Saad, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *