Syamsul Mengharapkan Kepulangan Puteri Sarah, Sekali Puteri Sarah B0ngkar Perangai Sebenar Syamsul “Anak-anak boleh jadi saksi”

Dakwaan Syamsul Yusof didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab apabila pengarah terkenal itu akhirnya mengakui sudah bernikah hari ini dengan Ira Kazar di Thailand.

Menurut Syamsul, dia memilih untuk bernikah dua di Thailand bagi memudahkan beberapa perkara dan perkahwinan mereka juga sudah pun didaftarkan.

Sementara itu, menerusi video dimuat naik di Instagram itu Syamsul mengatakan Puteri Sarah masih isterinya serta meminta aktres itu pulang ke rumah untuk berbincang.

Masih Suami Isteri

Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata dia mendakwa isteri pertamanya itu membawa anak-anaknya tanpa keizinannya.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya

[V] Puteri Sarah minta Syamsul tak berlagak suci, anak-anak boleh jadi saksi selalu tiada di rumah

PELAKON Puteri Sarah Liyana memohon agar suaminya, Syamsul Yusof tidak meletakkan kesalahan pada dirinya berhubung kemelut rumah tangga mereka yang sudah berlarutan sekian lama akibat kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara sinikal turut meminta Syamsul untuk tidak berlagak suci demi menutup semua kesalahan yang dibuat sebelum ini.

“Syamsul, jangan letakkan kebodohan awak di pihak saya. Berhenti guna nama Allah untuk melihatkan seperti awak terlalu baik di mata manusia,” katanya.

Puteri Sarah bersama anak-anaknya, Sumayyah dan Syaikhul.

Puteri Sarah Liyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sering sibuk bekerja dan jarang berada di rumah yang menjadi antara penyebab masalah mereka.

Pelakon itu turut memberi gambaran dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Summayah juga memahami situasi tersebut dan sering bertanya mengapa bapa mereka sering tiada di rumah.

“Kalau Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan berkata: Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami. Mana ayah, selalu tiada di rumah,” ujarnya.

Syamsul mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Terdahulu, pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar dengan berwakil walikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

Dalam kenyataan video yang telah dibuat, Syamsul turut meminta isterinya itu pulang ke rumah untuk menyelesaikan segala kemelut di antara mereka.

Puteri Sarah menerusi respons segera terhadap berita tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan Ira namun mempersoalkan tindakan suaminya yang memberi kenyataan seolah-olah meletakkan kesalahan kepadanya.

kredit: mstar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *