Siapa sondol siapa ni? Wah, sekarang kecoh betul tentang isu ‘penyondol’ erk? Tidak baik gelar orang macam tu sebab apa yang berlaku sudah ditakdirkan dan yakinlah pasti ada hikmahnya.
Apapun, Ohmedia tertarik pula dengan satu video dari pakar saham terkenal, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang turut tidak ketinggalan memberikan sedikit nasihat buat pengarah kontroversi Syamsul Yusof.
“Pilih yang terbaik, kalau perlu beripsah buatlah..” – DDNK.
DDNK berpendapat, Syamsul perlu berfikir sebaik-baiknya dan perlu buat pilihan yang terbaik serta berpandangan orang wanita mempunyai dua jenis.
Salah satunya lebih beremosi sementara yang satu lagi pula banyak menggunakan logik. Jadinya, susah untuk memiliki kedua-duanya sekali dalam satu masa. Jika memang hanya perpisahan adalah satu-satunya jalan penyelesaian, jadi ia terpaksa dilakukan jua. – Kata DDNK.
Dalam pada itu, DDNK turut melihat ramai orang lebih bahagia selepas berpisah dan disebabkan itu kita kena tahu siapa yang lebih sayangkan kita.
Syamsul Yusof dan Ira Kazar. Ini nama yang menjadi sebutan di Malaysia ketika ini.
Semuanya bermula selepas Syamsul, 39, yang juga pengarah popular tanah air itu membuat pengumuman di Instagram, Jumaat lalu yang dia sudah bernikah lagi satu dengan Ira, anak kepada pelakon, Kazar Saisi.
Syamsul berkata, dia melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Mereka dinikahkan Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla, Thailand, Haji Arfee-i Kayem.
Sejak itu, Syamsul dan Ira dikritik hebat netizen dengan tindakannya berkahwin lagi satu itu terutama daripada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan ibu Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail.
Malah, Patimah terang-terang tidak bersetuju dan merestui perkahwinan itu.
Walaupun bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam dilihat agak berdiplomasi, namun sedikit-sebanyak beliau turut kecewa dengan tindakan Syamsul itu.
Syamsul tidak menafikan dirinya terkesan dengan situasi ketika ini

Keluarga Iringi Puteri Sarah Berangkat Tunai Umrah, Tiada Kelibat Suami
Dalam pada itu Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik foto bersama anaknya di lapangan terbang KLIA.
Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah yang dilihat tampil serba putih memohon orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak ketika berada di Tanah Suci.
Sementara itu, dalam perkongsian di Insta Story hanya ibu bapa serta adik beradiknya yang dilihat mengiringi Puteri Sarah berangkat ke Tanah Suci dan tiada kelibat suaminya, Syamsul Yusof.
Minggu lalu, Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Puteri Sarah memaklumkan 7 Mac depan merupakan hari sebutan kes tersebut. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.Kredit: TIkTok, omm