Tak sangka video ‘sound’ Mas Idayu kembali viral, rupanya ini pekerjaan dia selepas gagal jadi penyanyi

Semenjak kontroversi yang melibatkan penyanyiSissy Iman bersama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang lantang mengkritiknya ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo pada minggu keenam, pelbagai video lalu ‘diungkit’ kembali oleh netizen di media sosial.

Termasuklah, sebuah video yang memaparkan seorang peserta lelaki yang tidak gentar mengkritik Mas Idayu ketika uji bakat Mentor Legend 2014 telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen

SUSULAN kontroversi komen pedas Mas Idayu kepada Sissy Imann dalam program Famili Duo baru-baru ini, netizen berkongsi semula klip rakaman seorang lelaki bergaduh mulut dengan penyanyi dangdut itu semasa sesi uji bakat Mentor Legend 2014.

Lelaki bernama Muhammad Erdy Sofian, 31, itu berkata dia tidak sangka klip rakaman tersebut kembali menjadi viral dan tular di media sosial.

Mengulas mengenai kontroversi terbaharu Mas Idayu, Sofian berpendapat seseorang juri tidak perlu memarahi peserta dan mencadangkan kepada juri untuk mengambil wuduk terlebih dahulu supaya tidak dihasut syaitan.

“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah.
“Supaya tak ikut hasutan-hasutan syaitan,” katanya kepada mStar.

Gara-gara insiden sembilan tahun lalu, Sofian memberitahu dia trauma untuk menyertai mana-mana uji bakat nyanyian dan kini lebih selesa bekerja sebagai penjual kereta.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

1 Malaysia cari abang!

Difahamkan, video yang tular itu dipercayai berlaku ketika Sofian berusia 22 tahun dan kini dia sudahpun berusia 31 tahun memandangkan ia telah berlaku lapan tahun yang lalu.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka selepas menjumpai Sofian kerana hanya dia sahaja individu yang berani mengkritik semula kata-kata Mas Idayu

Terima kasih wakilkan kami, abang memang terbaik!


Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sofian kerana pernah menjadi wakil untuk orang ramai di luar sana yang kurang bersetuju dengan cara kritikan Mas Idayu terhadap seseorang

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *