Walaupun sedang mengharungi kemelut rumah tangga, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dilihat tetap optimis dan terus melakan kegiatan harian seperti biasa.
Dia yang sering berkongsi konten mempromosikan produk secara berbayar telah berkongsi cerita di mana telefon bimbitnya terjatuh.
Handphone terjatuh pulak
Dalam kapsyen yang disertakan, Puteri Sarah mengatakan yang telefon itu ibarat nyawa kerana sangat penting untuk dirinya lebih-lebih lagi urusan pekerjaan banyak disimpan di dalam peranti tersebut.

“…Phone Sarah jatuh tafi. Phone tu ibarat nyawa Sarah…Tapi tak jadi I nak sedih ebab dah replace phone baru…” tulis pelakon itu.
Semua pakat risau bukti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta pelakon Sabarlah Duhai Hati itu supaya membuat ‘backup’ agar segala bukti berkenaan isu yang sedang tular dapat diselamatkan.
Puteri Sarah juga sempat membalas beberapa komen dengan mengatakan sudah membuat salinan dan semua bukti berada dalam keadaan selamat.
Handphone rosak takpe, yang penting bukti simpan elok2
Nampak cantik macam ni pun ada yang masih buta
Apa2 hal backup dulu bukti
Pendedahan Puteri Sarah Liyana berkenaan rumah tangganya yang diganggu oleh orang ketiga telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia sendiri mendedahkan kepada umum gangguan yang diterima daripada pihak ‘penyondol’.
Selepas beberapa penafian, akhirnya, suami kepada pelakon itu, Syamsul Yusof mengaku telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Kisah kahwin dua Syamsul Yusof ‘hangat’ hingga ke Indonesia
Kisah perkahwinan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 39, bukan hanya hangat dan menjadi perhatian di tanah air, namun turut mendapat liputan portal hiburan di negara jiran, Indonesia.
Menerusi tajuk berita yang ditulis, merangkumi kecurangan, diam-diam nikahi ‘pelakor’ (perampas) dan ibu yang tidak merestui perkahwinan itu, dilihat cukup menarik perhatian ramai.
Harus diakui, nama dan bakat seni Syamsul juga cukup menjadi perhatian di Indonesia menerusi filem arahannya seperti Munafik 2 pada 2018 dan terbaharu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, tahun lalu.
Tidak hanya Syamsul, nama dua isteri iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar termasuk ibunya, Datin Patimah Ismail juga turut diperkatakan.
Secara tidak langsung, dapat dilihat pada awal kedatangan 2023 ini, industri hiburan tempatan sudah dihangatkan dengan kisah kemelut rumah tangga.
Pada Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di Instagram membuat pengumuman mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand pada hari itu.
Majlis akad nikah pasangan yang didakwa sudah menjalin cinta secara ‘sembunyi’ selama empat tahun itu diwalikan sendiri oleh bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah menjadi perhatian industri seni sejak tahun lalu selepas pendedahan Sarah berhubung tindakan undang-undang perlu diambilnya berikutan dakwaan gangguan rumah tangga oleh ‘orang ketiga’.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana, omm