Hiburan

Usia Kandungan Mencecah 5 Bulan, Dynas Mokhtar Bakal Timang Cahaya Mata Lagi!

Pelakon jelita Dynas Mokhtar tampil mengejutkan ramai peminatnya selepas berkongsi gambarnya yang sedang hamil ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Dynas sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon itu bercadang untuk tidak mengambil tahu jantina anak keempatnya yang bakal dilahirkan pada penghujung Mei ini kerana mahukan kejutan.

“Kami belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun, kami juga tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya.

Biarpun usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan, Dynas mengakui alahan yang dialaminya kali ini berbeza berbanding kehamilannya yang terdahulu.

“Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

“Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12, dan Mohamed Haqaish, 9.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *