KONTROVERSI perkahwinan pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar masih lagi menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.
Selain kecaman terhadap pasangan ini, bapa Ira yang juga pelakon iaitu Kazar Saisi turut menerima kritikan netizen kerana membenarkan anaknya berkahwin dengan suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana ini.
Pada mulanya mStar berusaha mendapatkan penjelasan dan kenyataan Kazar, namun tidak berjaya.
Kazar akan ulas isu Syamsul dan Ira bila sesuai waktunya.
Tidak berputus asa, mStar mencari Kazar di kediamannya namun pelakon berusia 63 tahun ini memaklumkan dia tiada di rumah kerana sedang berada di Ipoh, Perak.
“Saya sekarang ini tiada dirumah kerana sedang shooting di Ipoh, mengenai isu perkahwinan ni saya tidak mahu komen apa-apa.
“Tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa.
“Nanti-nantilah,” kata Kazar secara baik selepas dihubungi wartawan mStar ketika berada depan rumahnya.
Pihak mStar terpaksa mencari Kazar selepas pihaknya membisu berhubung perkahwinan anaknya iaitu Ira dan Syamsul walaupun ahli keluarga pengarah filem tersebut melahirkan rasa terkilan atas apa yang berlaku.
Sejak Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dua, nama Kazar Saisi turut terkena tempias kemarahan netizen.
Netizen meluahkan rasa bengang apabila Kazar seolah-olah menyokong tindakan anaknya, Ira Kazar berkahwin dengan Syamsul yang juga suami orang malah menjadi wali pernikahan pasangan itu di Thailand.
Kazar kena tempias pernikahan Ira, Syamsul
Pelakon veteran Kazar Saisi terkena tempias kontroversi pernikahan anaknya, Ira Kazar dan Syamsul Yusof di Thailand, semalam.
Semuanya gara-gara babak lakonan Kazar dalam musim kedua drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan TV3, seolah-olah menjadi realiti.

Video bedurasi 45 saat yang dimuat naik portal Drama Sangat di Facebook (FB), semalam, tular dan meraih lebih 312,000 tontonan.
Menerusi video terbabit, Kazar yang membawa watak Pak Samad dipaparkan memberi nasihat mengenai perkahwinan kepada Adam lakonan Sean Lee.
“Mia bahagia ke Pak Samad,” tanya Adam kepada Pak Samad.
“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain,” jawab Pak Samad.
Dialog itu bersambung apabila Adam bertanya lagi:
“Habis tu kenapa dia tak nak pergi sahaja. Ini semua tak adil untuk Mia.”
Pak Samad kemudian menjawab:
“Bila seorang isteri tu reda, dia tak perlu pergi pun.
“Mia reda? Untuk apa dia nak berkorban?” Adam kembali menyoal.
“Untuk dapatkan syurga buat diri dia. Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama,” jawab Pak Samad, lantas dialog berakhir.
Semakan di ruang komen mendapati netizen mengakui dialog dilafazkan sama seperti situasi membabitkan Kazar, Ira dan menantunya Syamsul sekarang.
Tidak hairanlah, perkongsian itu menerima lebih 1,200 komen, 7,000 tanda reaksi dan hampir 2,000 perkongsian.
Semalam, Syamsul meleraikan spekulasi apabila memuat naik video di IG yang mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira di Thailand.
Majlis akad nikah berkenaan berwalikan Kazar.
Pada masa sama, Puteri Sarah Liyana dilaporkan enggan memberi jawapan ketika ditanya berhubung kerelaan dirinya dimadukan.
KREDIT: MSTAR