Uncategorized

Wawa Zainal rasa macam hilang ny4wa, badan menggigil susah bernafas “Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya”

PELAKON Wawa Zainal berdepan detik cemas apabila jantungnya dengan tiba-tiba berdegup laju selepas menikmati secawan minuman berkafein.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia juga mengalami masalah sukar bernafas dan tidak boleh berdiri serta menggigil seluruh badan.

“Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.

Wawa Zainal janji tak nak minum kopi lagi.

“Saya cuba berdiri, kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat,” katanya.

Wawa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Selepas insiden itu, Wawa berkata dia mengambil masa selama dua jam untuk pulih sambil ditenangkan suaminya iaitu Aeril Zafrel.

Malah Wawa juga memberitahu tidak sanggup berdepan dengan kejadian mencemaskan itu lagi.

“Aeril cuba tenangkan saya mungkin sebab anxiety dan ajar macam mana nak kawal. Dua jam juga saya berperang dengan perasaan yang pertama kali saya alami. Jangan datang balik ya, Allah tak sanggup,” katanya lagi.

Disebabkan kejadian itu, dia mengambil keputusan membuang semua stok kopi yang ada memandangkan sebelum ini dia juga sering berasa tidak sedap badan kerana gastik dan sebu.

Suami cuba tenangkan Wawa saat berdepan dengan serangan panik.

Dalam perkongsian yang lain, Wawa turut berkongsi kesan mengambil terlalu banyak minuman berkafein.

“Boleh kena serangan panik eh? Taubat tak nak dah minum,” ujarnya.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *