Uncategorized

Yusof Haslam kecewa dengan Syamsul ,dia beritahu sama ada terima atau tidak Ira Kazar sebagai menantu

REDA dengan keputusan dibuat Syamsul Yusof berkahwin buat kali kedua, penerbit Datuk Yusof Haslam meluahkan perasaan kecewa apabila anaknya itu langsung tidak berbincang terlebih dahulu untuk bernikah dengan Ira Kazar.

Yusof, 69, berkata, kekecohan rumah tangga di antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana mungkin tidak akan menjadi isu sensasi jika dapat mencari jalan penyelesaian sejak dahulu lagi.

Yusof Haslam terima dengan baik pilihan Syamsul nikah kali kedua

“Sebagai bapa saya tidak boleh berkata apa dengan pilihan yang dibuat Syamsul. Dalam hidup ini ada banyak persimpangan… semoga dia pilih jalan yang betul.

“Cuma saya ralat kerana dia buat keputusan di saat akhir untuk bernikah. Kalau dia beritahu awal sejak dahulu lagi mungkin kisah rumah tangga mereka tidak melarat di media sosial,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dunia hiburan pada Jumaat digemparkan dengan berita pengakuan Syamsul yang mengaku sudah melangsungkan perkahwinan dengan Ira di Thailand.

Tidak mengetahui tentang majlis pernikahan tersebut, Yusof bagaimanapun tidak terkejut memandangkan khabar angin hubungan Syamsul dan Ira sudah lama diperkatakan.

“Saya tidak tahu-menahu tentang mereka sudah bernikah di Thailand. Syamsul pun tidak pernah menghubungi kami sebelum ini.

“Berita itu mengejut, namun saya tidak terperanjat kerana sudah lama dengar desas-desus cuma belum ada kepastian,” ujarnya.

Dalam masa sama, Yusof turut menitip nasihat buat Syamsul supaya tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua orang cucunya.

Kalau dia beritahu awal sejak dahulu lagi mungkin kisah rumah tangga mereka tidak melarat di media sosial

Dia juga memohon agar semua peminat terus mendoakan yang terbaik untuk hubungan antara Syamsul dan menantunya itu.

“Saya harap Syamsul tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Sarah dan dua orang anaknya. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk hubungan Syamsul dan Sarah.

“Kekecohan yang timbul sebelum ini pun berpunca daripada dia (Syamsul), jadi perlulah selesaikan secara baik,” jelasnya.

Yusof harap Syamsul jalankan tanggungjawab terbaik terhadap isteri pertama dan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Syamsul Yusof sempat berpesan kepada Puteri Sarah agar pulang ke pangkuannya untuk berbincang mengenai masalah rumahtangga mereka.

Dakwa pengarah itu lagi, Puteri Sarah telah membawa anak-anak ke sana dan ke sini tanpa meminta izinnya.

Menurut Puteri Sarah pula, jika anak-anaknya boleh memberi keterangan di mahkamah, pasti mereka akan berkata, ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, not kami’.

Komen Ibu Mentua Raih Perhatian

Sementara itu isteri kepada Yusof, Datin Fatimah pula menerusi satu komen yang ditinggalkan berharap dua orang cucunya akan mendapat ‘ayah’ yang lebih baik.

“Semoga Allahh gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berpesan supaya Syamsul Yusof tak guna nama Allah SWT semata-mata mahu nampak suci di mata manusia.

Rakan artis yang lain seperti Janna Nick, Lufya Omar, Uyaina Arshad dan ramai lagi turut memberi kata-kata semangat buat Puteri Sarah agar terus kuat menempuhi ujian rumahtangganya.

Untuk rekod Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *