Pelakon Zulin Aziz berkata dia mengizinkan suaminya, Farhan Norzaini jika mahu menambah isteri atau jatuh hati pada wanita lain .
Memetik Astro Gempak, bagaimanapun Zulin berkata suaminya perlu pastkan dirinya mampu untuk berlaku adil sebelum mahu hidup berpoligami serta ada sebab yang kukuh.
“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal.
“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh.. jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga empat.
“Bagi kukuh dulu yang satu ini. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja,” katanya.
Dalam pada itu, Zulin turut memberi peringatan kepada para suami bahawa isteri adalah tanggungjawab serta amanah daripada Allah dan tidak mensia-siakan mereka.
“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.
“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” katanya.

‘Fuhhh! Headline Korang Tak Beragak’- Zulin Aziz Tegur Wartawan & Blogger
Semalam, penuh di dada akhbar dalam talian dan di blog hiburan menulis kenyataan pelakon Zulin Aziz akan menerima sekiranya suami tercinta, Farhan Norzaini memiliki perasaan pada wanita lain. Namun, Zulin meletakkan beberapa syarat sebelum memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lagi.
Kenyataannya ini yang sekaligus menjadi ‘headline’ di dalam media tempatan telah membuatkan beliau rasa kurang senang. Lebih-lebih lagi ia menjadi buah mulut netizen untuk ‘membawang’. Menerusi posting terbaru di instagram Zulin, dia mengkritik ‘headline’ atau tajuk berita yang ditulis oleh wartawan sehinggakan menimbulkan salah faham
‘Fuhhh Headline korang tak beragak. Netizen pun bukan semua nak membaca, Dorang baca headline je pastu bloggers2 ni olah guna ayat sendiri sampai lain maksudnya. Dunia dunia.’- tulisnya
‘Headline tak keluar pun pasal aku shooting ke, Aku apa ke. Haram.’
Tambah Zulin, ketika ditemubual oleh wartawan, dia ditanya mengenai rumahtanggan dan penggambaran filem atau drama terbaru. Namun dia terkejut hal berkaitan penggambara tidak disebut dalam berita. Wartawan hanya mengeluarkan kenyataannya mengenai rumahtangga.
“Ada jugak yg ckp knp ckp pasal ni? Korang tanya lah kenapa wartawan tanya soalan tu kat Zulin. Mula2 tanya pasal anak, Lepastu press tanya pasal kalau laki kawin lain?
Headline tak keluar pun pasal aku shooting ke, Aku apa ke. Haram.
‘Wartawan yang tanya sorang dua, yang lain-lain main copy-copy, tambah-tambah Pulak tu’
Zulin turut merasa sedih apabila banyak blog hiburan cuba untuk menokok tambah kenyataan agar lebih sensasi. Sekaligus mengundang ramai netizen untuk mengecam dan ‘membawang’ kisah hidupnya.
“Tapi tak pelah… ni asam garam. Dah terbiasa. Korang bincangkanlah beramai2. Kalau rajin bacalah ok. Jangan jadi makcik bawang tapp otak tak ada terpengaruh dengan cerita-cerita yang sengaja disensasikan tu. Menokok nambah. Wartawan yang tanya sorang dua, Yang lain Main copy2, tambah-tambah Pulak tu..senang buat duit Yang netizen pun lajuuuu je jari tu.”- tambahnya lagi
Menutup bicara, Zulin dengan ikhlas hati tetap memaafkan netizen sekiranya mereka telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya. Sekadar info, Zulin dan suami telah mendirikan rumah tangga sejak 20 Februari tahun lalu dan jejaka tersebut merupakan rakan kongsi perniagaannya.
SUMBER ASTRO GEMPAK