11 ditahan kes bertumbuk tular di Batu Pahat, punca insiden tumbuk-menumbuk di beritahu

Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan susulan sebuah video tular membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu yang lain.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 62 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, semalam.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pastu punca sebenar kejadian.

Katanya, polis menasihati agar pengguna media sosial tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Tangkap layar insiden pergaduhan antara seorang rider bersama sekumpulan individu yang dipercayai berlaku di sebuah resort di Batu, Pahat, Johor.

Bunyi bising muzik hari keluarga punca insiden tumbuk-menumbuk

PETALING JAYA – Insiden pergaduhan antara seorang penghantar makanan bersama sekumpulan individu yang tular di media sosial adalah dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat bunyi bising muzik.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang individu di laman sosial yang memaklumkan sebelum berlaku insiden tersebut, dia bersama ahli keluarganya telah mengadakan satu majlis hari keluarga di sebuah resort di Batu Pahat, Johor.

Jelas individu tersebut, keluarganya telah menempah keseluruhan kawasan resort terbabit dan pihak pengurusan juga mengesahkan tempahan yang dibuat selama tiga hari dua malam.

Tambahnya, pihak pengurusan tempat tersebut turut memaklumkan bahawa orang ‘luar’ tidak dibenarkan masuk.

“Pada hari kedua kami ada buat sukaneka, muzik pula dipasang agak kuat. Ketika itu ada seorang mak cik datang bersama anaknya mandi kolam, tetapi kami biarkan.

“Namun selepas itu, wanita tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan bunyi bising tersebut sebelum memarahi kami supaya memperlahankan bunyi muzik. Padahal kami telah sewa ‘full’ tempat tersebut,” kata individu tersebut.

Tambahnya, wanita dan anaknya kemudian meninggalkan tempat tersebut dalam keadaan marah.

“Selang 10 minit wanita tersebut datang bersama seorang rider dan terus membuat kacau di majlis kami seperti gangster. Rider tersebut turut bertanya siapa yang kacau isteri dia.

“Dalam situasi agak tegang itu, rider tersebut cuba menghayunkan topi keledar ke arah ayah saya, namun sempat ayah tahan perbuatan lelaki terbabit,” ujarnya

Jelas individu tersebut, video yang viral itu sudah di sunting semula kerana video terbabit asalnya panjang dan babak rider cuba menghayun topi keledar ke arah ayahnya juga telah dipotong.

kredit: KOSMO! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *