Baru ditayangkan di slot Akasia TV3 semalam, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah mencuri tumpuan ramai penonton bagi mengikuti episod seterusnya.
Walau bagaimanapun, terdapat pula babak di atas katil yang dijayakan watak Luth Mikail (Aliff) dan Raisya Hannah (Sophia) sehingga menjadi perbualan ramai.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, arejar313 memuat naik beberapa bahagian drama arahan Osman Ali itu sehingga meraih ratusan ribu tontonan.
Babak dalam bahagian kedua itu memaparkan Maira (Jasmine Suraya) menjerit selepas terkejut melihat tindakan Luth dan Hannah tidur bersama di atas katil lalu menyebabkan kedua-duanya terus terjaga.
Difahamkan, Maira ketika itu sedang mengadakan sambutan hari lahir dimana sepupunya, Hannah dipertanggungjawab untuk menghias dekorasi majlis selain turut menjemput Luth ke acara berkenaan.
Namun selepas ‘kantoi’, Luth dan Hannah dilihat terpinga-pinga atas katil dipercayai kemungkinan telah disabotaj oleh individu tertentu.
Bijak & Berdarah Kacukan, Ini Dia Fakta Menarik Tentang Pelakon Jelita SOPHIA ALBARAKBAH
Disebabkan babak tersebut, ada individu mengaitkan pendedahan isteri Aliff iaitu Bella Astillah berhubung konflik rumah tangganya yang didakwa diganggu seorang aktres.
Ada babak atas katil, mau tak bengang Bella tu?

Drama Melayu memang cerita lebih kurang je ke?
Nasib babak tu tak ‘over’ sangat…
Terdahulu, Bella memadam bukti perbualan WhatsApp bersama Sophia di laman Instagram selain memaklumkan bahawa dia tidak mahu lagi mengulas mengenai kontroversi rumah tangganya.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) February 7, 2023
Bella enggan berbicara soal Sophia lagi
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah enggan mengulas kemelut rumah tangganya termasuk tindakannya memadam tangkap layar bukti perbualannya dengan Sophia Albarakbah yang didakwa cuba mengganggu suaminya, Aliff Aziz dalam Instagram (IG), baru-baru ini.
Tegas Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, selain tidak mahu memanjangkan isu, dia juga enggan kontroversi itu membayangi kemenangannya meraih tempat ketiga menerusi program Famili Duo, semalam.
“Rasanya semua orang sudah tahu apa yang berlaku berkenaan hantaran itu. Saya rasa tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi.
“Aliff sudah menjelaskan bagi pihak dirinya. Saya minta maaf, cukuplah.
“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi bercakap perkara ini. Sekarang saya mahu meraikan kemenangan, malam ini.
“Apapun terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan,” katanya pada sidang media selepas konsert Famili Duo akhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.
Antara mesej perbualan didedahkan Bella dalam entri termasuklah Sophia memohon maaf kepadanya dan meminta isu diselesaikan secara tertutup tanpa pengetahuan umum terutama orang tuanya.
Kontroversi tercetus selepas Sophia didakwa cuba mengganggu Aliff ketika mereka bergandingan dalam drama bersiri, Ku AKad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali.
Sementara itu, mengulas pembabitannya dalam program realiti itu, Bella berkata, Famili Duo mengajarnya untuk lebih mengenali potensi diri terutama dalam bidang nyanyian.
“Insya-Allah, saya akan fokus dalam bidang nyanyian. Alhamdulillah, Famili Duo banyak memberi saya pengalaman.
“Dari situ saya boleh nampak apa yang boleh dilakukan, mengikut kemampuan,” ungkapnya.
Dengan kemenangan meraih tempat ketiga itu, Bella dan sepupunya, Wany Kayrie berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000.
Pentas akhir Famili Duo menyaksikan pasangan adik beradik, Yamani Abdullah dan Zaki Yamani bergelar juara, manakala naib juara dan tempat keempat masing-masing disandang Fyna Jebat dan Ayda Jebat serta Sissy Imann dan Naim Daniel.
Sumber: TikTok arejar313 / kotakmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.