Anak Chef Wan, Serina Hilang Hak Penjagaan Anak. Rupanya Ini Sebab Kenapa Mahkamah Tak Beri Hak Penjagaan Kepada Ibu

Serina Redzuawan iaitu anak kepada cef selebriti Chef Wan tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya sebaliknya hak penjagaan kekal tersebut diperoleh oleh bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan anak pertama pasangan itu, Tristan Tareef O’luanaigh, 13, kepada Gavin atau nama nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Manakala hak penjagaan Isabella Saffiya O’luanaigh, 12, diberikan kepada Serina. Namun Gavin Edward berjaya mengubah perintah tersebut sekaligus memberikannya hak penjagaan kekal bagi kedua-dua anaknya.

Foto: Serina Redzuawan dan bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh

Mahkamah membuat keputusan tersebut setelah menemuramah Isabella tentang pilihannya untuk tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit. Mahkamah turut mendengar keterangan Gavin.

Tetapi Serina diberi hak lawatan dua minggu sekali. Menurut peguam, meskipun sebelum ini Serina diberi hak penjagaan ke atas Isabella namun Serina tidak pernah mengambil anak perempuannya itu untuk dijaga atau menjaga kebajikannya.

Dugaan besar keluarga Serina Redzuawan, ibu kena potong kaki… Chef Wan pula terkena penyakit kayap – Hiburan | mStar

Untuk rekod, Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Utusan Malaysia via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *