Apa hal pula tu.. selepas Puteri Sarah kini giliran Ira Kazar pula kena ‘bl0ck’ dengan Syamsul Yusof?

Meskipun sedang dibelenggu dengan masalah rumah tangga, pengarah popular iaitu Syamsul Yusof kini sedang sibuk di lokasi penggambaran untuk pembikinan filem The Original Gangster.

Pengarah berusia 38 tahun itu turut berkata, dia enggan diganggu buat masa ini kerana mahu fokus untuk pembikinan filem itu.

Namun, penerbit iaitu Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan masalah rumah tangga yang dihadapi Syamsul sedikit sebanyak menganggu fikirannya di set.

Sebelum ini menurusi Hantaran di laman Insta gram Syamsul rekaman video latar belakang di set lokasi penggambaran filem barunya. Namun apa yang menarik perhatian orang ramai apabila isteri keduanya Ira Kaza yang tidak ketinggalan meninggalkan komen di hantaran tersebut bagaimanapun komen tersebut hilang.

Rata-rata netlzen mendakwa syamsul telah memadam komen lra, Bagi mengelakan kena saman. Meninjau keruang komen media sosial menganggap tindakan itu sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Malah, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen tersebut dipadam kerana meminta agar anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu terus mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan bertambah keruh.

Walaupun Syamsul tidak pernah berkongsikan hal peribadi kemana-mana pihak, tetapi Saniboey dapat menghidu suami kepada pelakon Puteri Sarah itu sedang dalam dilema dan kusut atas segala yang sedang berlaku di luar set.

Dalam pada itu, pengarah berusia 39 tahun itu masih mexbmpunyai banyak baki pengambaran yang perlu diselesaikan olehnya.

Bahkan Saniboey mengakui progres di set penggambaran juga sedikit terganggu disebabkan kontroversi rumah tangga dengan isteri, Puteri Sarah, namun masih dalam keadaan terkawal.Saya kagumi dirinya. Dalam pada dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik.

Bapa Syamsul, Datok Yusuf Haslam Berkecil Hati dgn Syamsul,? Ini Sebabnya, Moga Datok tabah

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam mengesahkan filem terbaharu yang sedang menjalani penggambaran arahan anaknya iaitu Syamsul Yusuf tidak lagi diterbitkan melalui Skop Production.

Kata, Yusof, 68, Syamsul telah membawa haluan sendiri dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah rumah produksi miliknya sendiri, Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor’s Edge Pictures.

Pun begitu, Yusof tetap mendoakan kejayaan Syamsul selain berharap suatu hari nanti anaknya itu akan kembali semula kepada Skop Production.

“Filem terbaharu Syamsul tidak diterbitkan di bawah Skop Productions. Jika itu pilihan dia, terserahlah. Sebagai bapa saya tetap mendoakan kejayaan filem-filem yang dihasilkannya.

“Syamsul adalah aset. Saya berharap agar suatu hari nanti Syamsul kembali ke Skop Productions, tempat di mana dia bertapak dahulu dan juga tempat di mana bapanya berjuang selama bertahun-tahun terdahulu sampai ke tahap ini.

“Saya percaya Syamsul mungkin tertekan. Tiada niat saya untuk melihat anak saya jatuh,” kata Yusof kepada Gempak.

Ditanya adakah perasaannya masih terkilan dengan tindakan Syamsul yang berkahwin dua tanpa pengetahuan keluarga, Yusof menjawab sebagai bapa dia hanya mahu yang terbaik buat anak dan menantunya, Puteri Sarah.

“Kalau saya marah, is hanyalah di mulut. Tapi di hati lain. Sebagai bapa, memang saya akan menitiskan air mata apabila bercakap tentang anak.

“Saya tidak mahu cakap tentang pulang. Cukuplah saya berharap yang terbaik untuk Syamsul, Puteri Sarah juga buat cucu-cucu saya. Biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal terjadi di masa depan,” tambah nya.

Sumber: Yt kokoci tv | cerita netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *