Baru Je Mawar Sebut Pasal Duit Lesap, Status Dimuat Naik Fizo Tarik Perhatian Ramal

BEKAS isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim menyangkal tuduhan liar netizen yang mengatakan dirinya tidak bahagia selepas bercerai.

Menurut Mawar atau Mawar Abdul Karim,34, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bersyukur kerana tidak lagi perlu menanggung keluarga ketika masih berstatus isteri.

“Masalahnya tahu ke kita ni tak bahagia? Kita pernah serumah atau pernah terkenal ke.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap.

“Kalau banding dulu, faham-faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah syukur buat kita bahagia,” katanya

Mawar membalas komen seorang netizen yang mendakwa dia tidak lagi cantik dan bahagia berbanding ketika masih bergelar isteri kepada Fizo.

Sementara itu, Mawar menitipkan nasihat kepada semua untuk mencari kebahagiaan dengan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

“Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kasihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” ujarnya.

MAWAR dan Fizo bahagia jalani kehidupan masing-masing selepas buat keputusan bercerai

Rezeki di Fitn4h

Dalam pada itu, Fizo Omar memuat naik satu status beserta gambar

“Small family with big happiness

” Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah.semoga Allah berikan ketenangan buat semua.
.
“Nota kaki : rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki.rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan


kredit:Fizo Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *