Masih hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu seorang heroin drama yang dikatakan cuba mendekati suami orang.
Teka teki orang ramai akhirnya terjawab apabila Aliff Aziz mendedahkan wanita yang dimaksudkan adalah heroin kepada drama yang dia sedang menjalani penggambaran sekarang.
Lebih panas lagi apabila isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan perbualan Whatsapp bersama Sophia AlBarakbah di mana pelakon cantik itu mengaku kesalahannya.
Aliff juga secara terbuka mengakui kekhilafan diri dan tak akan bergandingan lagi dengan Sophia pada masa akan datang.
Memberi respon kepada kenyataan itu, pelakon terkenal, Azhar Sulaiman berseloroh menawarkan diri untuk berlakon dengan aktres jelita kacukan Melayu, Cina dan Arab tersebut.
Tulis Azhar, dia tak keberatan kerana isterinya, Chempaka Emalin Pahamin mempercayai Sophia. Secara tak langsung, peluang lakonan untuk Azhar juga lebih cerah.

Di ruangan komen, Azhar atau lebih mesra disapa Mami menasihati orang ramai supaya tidak menggelar orang lain pelacur dan tak berlebihan dalam meninggalkan komen.
Aduhai, panas pula nama Sophia kebelakangan ni kan? Diharapkan segala isu dapat diselesaikan dengan cara baik untuk kebaikan semua pihak.
Kredit: Instagram Azhar Sulaiman