“Bila renovation jadi baru pulak”- Hadiahkan Rumah, Wawa Zainal Sebak Ibu Bapa Setuju Tinggal Di Semenanjung

Pelakon yang juga seorang usahawan, Wawa Zainal berkongsikan rasa gembira dan syukurnya selepas kedua-dua ibu bapanya yang berasal daripada Sabah membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung.

Hadiahkan rumah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, di Instagram (IG) miliknya, dia menghadiahkan rumah yang telah diubah suai supaya kedua ibu bapanya dapat mendiaminya dengan selesa.

Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa buat keputusan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.

Ujarnya lagi, pada awalnya, dia ingin menghadiahkan rumah dua tingkat namun mengubah keputusannya memandangkan ibu bapanya sudah berusia dan sukar untuk naik turun tangga.

Jadi Wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama, telan air liur juga lah.

‘Tahniah Wawa & Aeril’

“sayang ku wawa. izinkan aku menumpang kasih orang tua mu.. Al-fatihah buat ayah ibuku
Alhamdulillah selepas bertahun pujuk mak ayah wawa duduk semenanjung. dan bila mereka setuju terus kami belikan rumah utk mereka. mula2 nak beli 2 tingkat.. tapi pikir2 sebab faktor usia dan hanya duduk berdua kami carikan rumah setingkat .bila tgk keadaan rumah yg agak lama agak risau juga tpi nak beli yg ni juga sebab tak jauh sangat dengan rumah kami. Alhamdulillah bila renovation jadi baru pulak.. lawa tak?” Kongsi Aeril Zafrel di Facebook

Video itu juga telah mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Fasha Sandha dan juga Syida Melvin.

Rata-rata warganet yang lain juga mengatakan bahawa mereka turut sebak melihat ibu bapa Wawa yang terharu apabila dihadiahkan sebuah rumah untuk tinggal bersama di Semenanjung.

Tak perlu rumah besar untuk orang tua ni. Sebak tengok ibu bapa Wawa terharu macam itu.

Entah kenapa, saya pun turut menangis. Tahniah Wawa sebab bahagiakan ibu ayah.

Video

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *