Dah Tak Sebulu Dengan Jep? Rupanya Ini Sebab Sebenar Shuib Tidak Masuk Sepahtu Reunion

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39,tidak pernah merajuk dengan Sepahtu, meskipun ramai membuat pelbagai andaian apabila membuat keputusan untuk tidak bergerak bersama kumpulan itu lagi.

Menurut Shuib, selama ini, dia tidak pernah menyatakan secara rasmi keluar daripada Sepahtu.

“Tiada istilah merajuk. Saya masih lagi bersahabat dengan anggota Sepahtu. Seingat saya, tidak ada sekalipun saya cakap sudah keluar kumpulan itu. Apatah lagi, Sepahtu yang membuka rezeki buat saya dalam industri.

“Jika orang masih panggil saya sebagai Shuib Sepahtu, saya tidak kisah. Saya faham apabila terlalu lama dalam kumpulan, memang nama itu akan melekat,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media rancangan komedi UBI Superstar Live, semalam.

Terdahulu, Shuib dan Ajak Shiro diumumkan sebagai pelawak undangan yang akan bergandingan dengan Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bagi merancakkan lagi program komedi tersebut.

Shuib bagaimanapun tidak menafikan, Sepahtu Reunion tetap berada di hatinya, meskipun kini terlibat dalam program bersama kumpulan UBI.

“Saya meletakkan Sepahtu Reunion sebagai program paling menarik dan seronok pernah saya buat. Sehingga sekarang, ia masih lagi ‘best’.

“Lima tahun saya bersama Sepahtu Reunion dan lebih 100 episod telah saya buat. Cuma kali ini, saya terima pelawaan UBI untuk tukar angin baru.

“Sudah sampai masanya dan insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik menerusi program ini,” katanya.

Program UBI Superstar Live akan bersiaran di Astro Warna bermula 23 Februari ini.

Kelima-lima mereka akan menghiburkan penonton menerusi garapan sitkom komedi istimewa dengan kreativiti sendiri selama empat minggu bersiaran.

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Azizi Shahidan: mungkin dia rindu arwah, bg masa untuk dia, arwah boleh kata kerap mai tgk, masih terbayang2 dia ada di bawah, mungkin

@PakDa97: Maybe masa dia ada disitu dia teringat arwah yg selalu ada menjadi penonton setia dia

@Abg Sato : shuib masuk mmg aku start tengok balik sepahtu

@Metal.G: kene ingat, masa kes sprm dulu, shuib kata, circle die besar bulat jari jea.. masa tu, insta die follow sape jea.. rase, sejak kes tu kot, die 50/50..

@Ahmad Fadzli: lumrah artis berkumpulan malaysia..berpecah akan reunion tapi bila dah nama slow mcm tu la.

@cikejja: rambut gini dh mcm fuad rahmad dh

@KauAkuSama89: 10 thun lg klau shuib tngk video ni blik mst dia tertnya2 knapa dia buat rambut mcm tu..masa tu mateen msti bahan dia kaw2

@?????: Setiap pertemuan mesti ada perpisahan

@Tazo Kazi: Kesian dekat rancangan ubi tu tempias  Tapi takpe angin baru tu aku setuju mana tau ade rancangan yg best mcm sepahtu lepasni

@Muhammad Amieroul: mungkin takut terbayang arwah sarah ada at situ,sbb arwahkan selalu dtg tgk sepahtu

@Amir•D•Amsyar: Kembalii laa bangg dgn sepahtuu kami rinduu lawak unik abang tuu

@Biskut: Tak complete jep tanpa shuib. Hambar dah sepahtu reunion

Rezeki ada di mana-mana kan. Mungkin ini lebih baik bagi Shuib kerana ingin mencuba perkara baharu. Peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk shuib. Moga terus maju jaya dalam dunia seni tanah air..

Sumber Tiktok dan Instagram, https://sinetronmalaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *