Didakwa Jadi Penyondol, Ini Reaksi Padu Sophia Albarakbah, Tak Nak Kecoh 1 Malaysia

Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah menjadi tular selepas didakwa cuba mengganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Meskipun Bella tak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen ‘serkap jarang’ dan menuduh pelakon wanita kacukan Melayu, Cina dan Arab itu itu sebagai penyondol.

Terbaru, memetik laporan Official Hlive, aktres itu enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu kerana tak mahu mengeruhkan keadaan.

Dia menyedari keadaan sekarang masih lagi ‘panas’ dan sebarang respon balas akan menjadi negatif.

Kredit: Official Hlive

Pelakon berusia 29 tahun ini juga tak mahu berbalas-balas kenyataan dengan pihak yang terlibat. Dia berharap media dan netizen dapat membiarkan perkara ini reda sendiri.

Benda boleh diselesaikan antara pihak yang terlibat personally. Tak nak involve satu Malaysia.

Jelasnya lagi, sekarang dia mahu fokus kepada penggambaran drama dan bertegas pergaduhan bukanlah satu perkara yang bagus.

Kredit: Official Hlive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *