DJ Haiza Mohon Maaf, Punca Chef Wan Menangis Di Konti Radio

CEF selebriti popular, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau Chef Wan menangis di konti stesen radio popular menjadi perhatian ramai.

Beliau yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani pada 12 Januari lalu telah diundang untuk segmen Bicara Petang Bersama Haiza Hanafi & Hanif Miswan Close Up Bersama Datuk Chef Wan.

Menerusi video yang dikongsikan, lagu Kasihnya Ibu nyanyian biduanita Sharifah Aini diputarkan menyebabkan Chef Wan menangis sehingga penyampai yang bertugas, Haiza Hanafi bertanya tentang kehilangan yang dihadapi cef terkemuka itu.

Menurutnya, sedih dan gembira adalah sebahagian daripada hidup. Paling penting ialah bagaimana seseorang belajar daripadanya dan menjalankan tanggungjawab.

VIDEO:

“Off course Haiza, dalam hidup ini ada happy time dan sad time. This is life. Whether we like it or not, is about what we are learning all the lesson.

“You know, to make kita a happy person, a person with much more kind in various fields in life. To be a responsible person.

“Kalau kita ada tanggungjawab jaga anak, anaklah. Kalau kita diberi tanggungjawab suami, suamilah. Kalau kita diberi tanggungjawab isteri, isterilah. Beri nafkah apa semua, buat perkara yang betul,” kongsinya.

Simpati dengan situasi cef berusia 65 tahun itu, Haiza memohon maaf pada ruangan komen.

“DATUK SAYA MINTA MAAF ,” TITIP HAIZA.

Warga maya menegur sikap stesen radio tersebut dan didakwa kurang prihatin dengan keadaan Chef Wan yang masih dalam fasa mengubati kesedihannya. Ujar mereka:

-“Masih dalam tempoh bertenang, mengubati kesedihan, kerinduan. Kenapa nak naikkan rating dengan buat perkara macam ni?”

-“ Datuk Chef Wan ni jangan mak dia sampai hujung nyawa arwah. Aku boleh kata perfect dia jaga. Tiptop. Sudah tentu dia akan terkesan. Dia yang jaga sampai arwah pergi. Tolonglah ada rasa simpati sikit.”

-“Please jaga sensitiviti someone, especially someone itu public figure. Bukan tak tahu tau beliau baru kehilangan ibu.”

-“Sudah tentu sedih..sebab DCW jaga arwah mak macam permaisuri.”

-“Harap lepas ini kena sensitif tentang perasan orang yang baru kehilngan ibu. Tak payah mainkn lagu-lagu macam tu semua orang sayangkan ibu. Kesian DCW menangis teresak-esak”

Chef Wan teringat kenangan bersama arwah ibu. Foto Ihsan Buletin FM

Ibu Chef Wan mening gal dunia selepas mengalami kegagalan fungsi hati dan dalam masa yang sama menyakit kan ser payudara, deme nsia dan Alzh eimer.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *