JIKA sebelum ini Farisha Iris menafikan spekulasi netizen kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi, namun kali ini penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Farisha atau nama sebenar Farisha Asmadi memuat naik video Niezam memberikannya sekuntum bunga ros merah ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta.
Niezam yang mengetahui aksinya sedang dirakam dilihat tersipu malu dan sempat berjenaka dengan penyanyi lagu Alasan Terindah itu.

Peminat seakan merestui sekiranya Niezam dan Farisha bercinta.
“Eh, tak perlulah rakam, malulah dekat orang. Bunga tu tanam supaya nanti ia tumbuh banyak boleh jual balik.
“Ingat apa, ini ROI, return of investment (pulangan pelaburan),” kata Niezam.
Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Selasa itu menerima lebih 800,000 tontonan dan hampir 80,000 tanda suka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan ‘merestui’ hubungan pasangan selebriti ini.
Malah, ada yang mengharapkan agar mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta dan berakhir sebagai pasangan suami isteri.
“Ada nampak video Niezam cakap tengah kenal hati budi, kalau tak salah la. Tapi kalau dengan yang ni, saya lepaskan crush saya. Hehe love!
“Dah la saya kecewa, tapi saya merelakan.
“Suka tengok hubungan korang. Semoga kekal eh sampai ke jenjang pelamin dan sampai syurga tau,” tulis netizen.
Antara komen yang ditinggalkan peminat.
Sebelum ini, Farisha pernah mendedahkan nama bekas kekasihnya yang bermula dengan huruf N di konsert Raisa pada November tahun lalu.
Netizen mula membuat spekulasi bahawa bekas kekasih yang dimaksudkan penyanyi itu adalah Niezam Zaidi.
Farisha bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengakui situasi tersebut berlaku secara spontan kerana terlalu teruja bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia itu.
Biodata Penyanyi Farisha Iris, Peserta Big Stage 2020
Siapa Farisha Iris? Farisha Asmadi atau lebih dikenali sebagai Farisha Iris merupakan antara penyanyi yang bakal beradu nasib dalam rancangan realiti, Big Stage edisi 2020.
Musim ketiga pertandingan nyanyian yang membariskan bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) itu turut menampilkan Usop (Mentor), Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan, Fadh Majid, Hafiz Zainal, Hanie Soraya, Qody Rany dan Dinie Rashid.
Biodata Dan Latar Belakang
Nama sebenarnya, Farisha binti Asmadi.
Menggunakan nama komersial, Farisha Iris dan Farish Irish.
Berumur 24 tahun (2023).
Berasal dari Selangor.
Lahir pada 25 April 1999.
Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara sejak usia 11 tahun.
Bernaung di bawah label Seventeen Eleven.
Popular menerusi lagu ‘Tak Malu’ yang mencatatkan lebih 807,000 tontonan di laman Youtube.
Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Bebel dan Alasan Terindah (runut bunyi Selafaz Cinta).
Dalam bidang lakonan, antara karya dibintanginya termasuk drama bersiri Nujum Kenit dan telefilem Tiba Masanya.
Menggunakan nama akaun @farisha_iris di Instagram yang sehingga kini mencecah lebih 464,000 pengikut.
Fakta Menarik
Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
Bekas naib juara Idola Kecil musim keempat (Idola Kecil 4) pada 2011.
Merangkul kemenangan tempat ketiga dalam program Ceria Popstar musim pertama.
Mula memegang peranan sebagai hos dan aktres sejak usia kanak-kanak.
Mengikuti pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Ijazah Perhubungan Awam.
Pernah mengendalikan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 selama setahun sebagai wartawan lokasi dan hos.
Juga merupakan salah seorang pengacara yang mengemudikan program kanak-kanak berkonsepkan edutainment, Teng Teng dan ChiChi & ChaCha.
Mempunyai aset wajah yang manis dan comel.
Berkeyakinan tinggi.
Pernah disangka telah bertunang dengan penyanyi Irfan Haris gara-gara bergambar berdua di atas pelamin meskipun ia hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu baharu Irfan.
Berkebolehan bermain instrumen muzik piano.
Gemar mendendangkan lagu irama mendayu bergenre balada bak lagu-lagu nyanyian Dayang Nurfaizah.
Pernah berehat daripada dunia hiburan selama dua tahun dengan tidak meneruskan kontrak pengacaraan dalam program ChiChi & CHaCha musim kedua kerana ingin memberikan fokus pada bidang akademik.
KREDIT: https://iluminasi.com/, MSTAR