Hiburan

“I Have Balls” – Dakwaan 5 Kali Kahwin Cer4i, Ini Reaksi Slumber Ex Tunang Zarina Anjoulie

Baru-baru ini, viral pula kisah membabitkan Zarina Anjoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey yang dikatakan telah berpisah. Perpisahan mereka semestinya menimbulkan tanda tanya kerana mereka baru sahaja bertunang dan kelihatan romantis di media sosial.

Terbaru, netizen korek cerita mendakwa bekas tunang Anju sebelum ini pernah kahwin cerai sebanyak lima kali. Netizen juga menjumpai video lama memaparkan sekitar majlis pertunangan

Datuk Khazrul Elzy dan pasangannya sebelum ini.

Tak mendiamkan diri, Datuk Khazrul tampil menjelaskan mengenai dakwaan itu. Katanya lelaki boleh berkahwin empat dan tiada masalah berkahwin cerai jika sudah tiada jodoh.


Jelasnya lagi, dia cukup berani untuk menceritakan perkara sebenar kepada pelakon Zarina Anjoulie mengenai perkahwinannya terdahulu.

Ujarnya, tiada apa yang disembunyikan daripada pengetahuan Zarina dan bekas tunangnya itu tahu punca dia berpisah dengan ibu kepada Pova (anak perempuannya).

Ramai Terkejut Lihat Bekas Tunang Zarina Anjoulie Ada Anak Dara Cantik, Terus Panggil Papa

Beberapa hari ini, nama Datuk Seri Khazrul Elzey tiba-tiba muncul dan menggantikan semua cerita hangat yang keluar sebelum ini. Ini semua selepas pertunangan antara Datuk Seri ini bersama pelakon, Zarina Anjoulie dikatakan terputus atas beberapa masalah.

Mungkin sebelum ini ramai tidak kenal siapakah Datuk Seri Khazrul Elzey ni tapi sekarang, rata-rata netizen cuba mengorek latar belakangnya sehinggakan tersebar pula wajah seorang gadis cantik yang dipercayai anak perempuannya.


Datuk Seri duda ni rupanya ada lagi seorang anak perempuan cantik. Wajah pula macam orang Thailand…

Untuk pengetahuan korang, Datuk Khazrul merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak perempuan. Sebelum ini, mungkin kita hanya mengenali kanak-kanak perempuan bongsunya yang dikenali sebagai Pova dan sekarang netizen terjumpa pula seorang lagi anak perempuan pertamanya yang dikenali sebagai Syareen.

Peneman bapak…

Menjengah di ruangan komen TikTok milik Syareen, rata-rata netizen lelaki tiba-tiba mengaku Datuk Khazrul sebagai papa mereka dek kerana kecantikan Syareen.

Kredit: TikTok, omm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *