“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal…”-Patut La Sophia AlBarakbah Cantik, Bijak

PETALING JAYA – Berdarah kacukan, kecantikan aktres sensasi Sophia AlBarakbah sememangnya tidak boleh dinafikan.

Dalam satu temu bual bersama Kosmo! sebelum ini, Sophia memaklumkan, dia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.

Bdari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia.

“Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya.

Tidak hanya menjual rupa paras jelita, Sophia juga seorang yang boleh dikatakan ‘beauty with brain’. Dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.

“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.

“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut.

“Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam ‘lab’,” ujarnya.

Disebabkan itu ujar Sophia, 30, dia kemudian mengambil jurusan dietetik namun dalam hati punya impian bekerja sebagai veterinar kerana dirinya seorang yang sukakan haiwan.

“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.

“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.

“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” katanya.

Terdahulu sejak minggu ini, nama Sophia memanas selepas dia merupakan aktres yang dimaksudkan Bella Astillah sebagai pengacau rumah tangga penyanyi itu.

Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Nama Sophia Albarakbah tiba saja hangat diperkatakan.Siapakan pemilik nama Sophia Albarakbah ini? Jadi ini dia beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.

1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.

2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).

6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.

7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.

8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.

9.Pernah pengsan di set drama Suamiku Lelaki Pendosa kerana menjalani penggambaran dalam cuaca panas, sewaktu bulan puasa!

10. Ibunya juga pernah berkecimpung dalam bidang hiburan rentetan kejayaan meraih tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1980.

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *