Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sebelum ini menamatkan spekulasi orang ramai apabila telah mengaku sah bernikah dengan Ira Kazar, berwalikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.
Meskipun teruk dihentam, Ira dilihat tenang dan tak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkahwinannya itu. Di Instagram Story, dia hanya memuat naik aktiviti harian seperti biasa.
Terbaru, isteri kedua Syamsul Yusof ini menjadi perhatian netizen selepas dia dilihat meluangkan masa bersama adik beradiknya bermain di ‘indoor playground’. Mana tidaknya, baru-baru ini ada khabar angin mendakwa Ira kini berbadan dua.
Menerusi rakaman Instagram Story yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Ira dilihat lincah bermain bola gelembung menyebabkan netizen tertanya-tanya adakah dakwaan mengandung itu benar.
Ira Kazar dan keluarga luang masa bersama
Meninjau ke ruangan komen, ini antara reaksi yang diberikan netizen selepas melihat aksi aktif wanita berumur 28 tahun itu. Netizen pula yang risau kalau betul-betul Ira mengandung.

Apa-apa pun kita tunggu lah penjelasan tuan badan sendiri kan?