Nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi panas apabila namanya dipetik ramai selepas tular dakwaan curang belakang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Bertambah kukuh spekulasi berkenaan apabila tiada sekeping foto isterinya di laman Instagram.
Tidak berdiam diri, pelakon yang berusia 29 tahun menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah tangganya adalah baik-baik sahaja.
Ye ke tak curang?
Bagaimanapun, ungkapan Hafidz itu seolah-olah tidak ‘sepadan’ apabila isterinya tampil membuat naik kenyataan di hantaran Insta Stories peribadi miliknya mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Menerusi beberapa hantaran dikongsikan semula di sebuah forum hiburan, Shuhada meluahkan kekecewaan dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.
Shuhada berkata, dia ‘sangat’ berterima kasih kepada wanit berkenaan kerana tegamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.
“Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya.
“Terima kasih kerana meruntuhkam rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fight for your love,”tulisnya.

Lebih hebat dari Ira Kazar & sanggup datang rumah
Dalam hantaran berikutnya, wanita berkenaan disifatkan seakan muka tembok sehingga sanggup datang ke rumah mereka selain membuatkan dirinya dan anak-anak menderita.
Selain itu, Shuhada turut mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya menderita.
“Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”luahnya.
Tambah Shuhada, wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyondol’ berbanding anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang merampas kebahagiaan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana dan anak-anak.
Terdahulu nama Hafidz menjadi sebutan ekoran laporan media yang mendakwa seorang aktor lelaki berwatak ‘alim’ berlaku curang dengan menghantar mesej luc4h kepada wanita lain dan kelakuan itu dihidu oleh isterinya.
Menurut sumber, pelakon berkenaan turut memadam gambar isterinya di Instagram dan hanya membiarkan foto bersama dua anak mereka sahaja di laman sosial berkenaan.
Tidak cukup itu, timbul dakwaan isteri kepada aktor terbabit dikatakan terpaksa berdiam diri dengan sikap curang suami kerana sedar dirinya tidak bekerja dan hanya bergantung harap kepada suami.
Sementara itu, netizen tanpa usul periksa menyerang dan menyelar Hafidz gara-gara tidak berpuas hati dengan isu curang dalam kalangan selebriti sejak kebelakangan ini.
Mereka telah meninggalkan beberapa komen amaran sekali gus meminta pelakon itu memikirkan perasaan isteri dan dua anak mereka.
Malah usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Hafidz berhubung isu berkenaan bagaimanapun tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telefon bimbitnya.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.
Biodata Hafidz Roshdi
Nama penuh: Muhammad Hafidz bin Roshdi
Nama popular: Hafidz Roshdi
Tarikh lahir: 13 November 1994
Umur: 24 tahun
Kelahiran: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon
Media sosial: Instagram @hafidz.roshdi
Fakta Menarik
1. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik lelaki dan seorang adik perempuan.
2. Berkelulusan Management & Science University (MSU), serta ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
3. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2012/13 di mana menjadi peserta paling muda, bersaing dengan antaranya, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Ben Amir, Hafreez Adam dan Nazrief Nazri.
4. Drama pertama lakonannya menerusi watak Edry Shah dalam’ Baby Ana Milik Siapa?’ yang antara lain menampilkan Cristina Suzzanne dan Hairul Azreen.
5. Bagaimanapun namanya menyerlah selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di saluran TV3.
6. Drama-drama lain lakonannya seperti Aku Pilih Kamu, Raisha, Red Velvet, Papa Nak Menantu, Kelip-Kelip Di Kota London, Cinta Tiada Ganti, J.K.K (Jawatankuasa Kampung Kalut) dan Kan Kukejar Cinta Kamu.
7. Manakala, beberapa telefilem dibintanginya ialah Anak Ikan, Perangkap Perkahwinan, Hajah Heathrow, Ayah Mertuaku, Kau Aku Kita Raya, Sabotaj, Jalan Balik Surau, Bawaku Ke Syurga dan Kembalikan Sinarnya.
8. Dalam dunia teater, Hafidz pernah terlibat dalam pementasan Lela Manja membawakan watak sebagai Raja Muda Tengku Dewa.
9. Penampilannya dalam iklan menerusi ‘Petronas Raya Sampai Hati’ gandingan bersama aktor Beto Kusyairy dan ‘Syukur Selalu F&N’ yang turut dibintangi aktres Janna Nick.
10. Pada tahun 2016, Hafidz menimbulkan kekecohan selepas bertelagah dengan aktres Uqasha Senrose hingga mencetuskan perang di media sosial.
11. Mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 selepas berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU). Sehingga kini, perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Humairah pada 9 September 2017.
Sumber: Forum