“Kalau Dah Jadi Suami, Kenapa Nak Melayan?” –Masih Ada Yg Cuba Goda, Tindakan Faizal Hussein Buat Ramai Respek

Usia kini sudah mencecah 55 tahun, pelakon Faizal Hussein berkata dia juga tidak terlepas apabila masih ada wanita cuba mendekatinya.

Memetik Utusan Online, bagaimanapun Faizal berkata dia sudah meletakkan batasan setiap kali berlakon dan di set penggambaran kerana tidak mahu terpalit dengan kontroversi.

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.

“Maknanya, orang lain perlu faham status saya dan sampai hari ini, tidak pernah timbul isu bercinta di set penggambaran. Saya hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu makan selepas kerja selesai,” katanya.

Mengulas mengenai isu pelakon bergelar suami terpalit skandal bercinta dengan aktres di set penggambaran, Faizal turut menempelak pelakon lelaki yang tidak menjaga batas.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.

“Kita tidak akan bertahan lama kalau terlampau banyak kontroversi, tidak kira baik atau buruk kerana ia tetap kontroversi,” katanya.

SUMBER UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *