Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata akan terdapat tindakan balas terhadap tindakan kerajaan yang menyasarkan pentadbirannya.
Muhyiddin (PN-Pagoh) mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan-Tambun) cuba memfitnahnya dan Perikatan Nasional (PN), menjelang pilihan raya enam lagi negeri tahun ini.

“Ada akan tindak balas. Saya bagi amaran. Jangan main-main dengan sentimen rakyat, bukan kami di sini sahaja.
“Rakyat berjuta-juta di luar sana melihat telatah kerajaan, pimpinan yang ada pada hari ini bersikap dengan niat jahat.
“Hanya ini yang saya cakap, ini tidak adil. Kamu fikir boleh bertahan selama-lamanya?” soalnya.
Anwar akan ke Turki beri sokongan moral
Dalam perkembangan lain, Anwar akan ke Turki beri sokongan moral
Perdana menteri berkata, beliau dihubungi sendiri oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang memintanya ke sana.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Turki pada malam ini sebagai tanda sokongan moral kepada negara yang baru-baru ini dilanda gempa bumi.
Anwar berkata, keputusan beliau untuk ke Turki adalah atas permintaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, memandangkan Malaysia antara negara terawal menghantar bantuan kemanusian ke negara itu.
Beliau dihubungi dua kali oleh Erdogan selepas Turki dilanda gempa bumi, katanya.
“Saya diminta oleh Presiden Turki untuk segera ke sana untuk memberikan sokongan moral dan saya telah menimbangkan terpaksa bertolak malam ini ke Turki bagi menunjukkan sokongan kita.
“Beberapa negara telah sampai dan Erdogan secara peribadi telah meminta saya untuk ke sana,” katanya di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan setakat ini hanya membelanjakan RM4 juta sebagai kos menghantar pasukan mencari dan menyelamat Smart ke Turki.
Katanya, segala kos menerbangkan pasukan tersebut ditaja oleh kerajaan Turki.
“Setakat ini, sekitar RM4 juta sahaja dibelanjakan untuk Smart dan (kita) hantar dua pasukan. Pada malam ini, satu lagi pasukan akan dihantar termasuk tentera dengan kemudahan hospital yang telah dipasang dan beroperasi.
“Kita telah mengumpulkan RM20 juta termasuk USD1 juta (kira-kira RM4,348,500) daripada kerajaan dan (sumbangan) USD1 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” katanya.
Turki dan Syria dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.8 pada skala Richter pada Isnin lepas. Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Angka kematian akibat gempa bumi tersebut dilaporkan menjangkau lebih 35,000 setakat semalam.
kredit:mkini