EDISI ke-37 Anugerah Juara Lagu (AJL37) menobatkan lagu berjudul Terus Hidup nyanyian Aina Abdul sebagai juara.
Pada program yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada malam Ahad, Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.
Joe Flizzow dan Sonaone naib juara menerusi lagi Satu Malam Di Temasek.
“Terima kasih kepada ibu yang sedang menonton di rumah. Terima kasih kepada kelab peminat.
“Anda semua jadikan ini satu yang tidak mustahil kerana tidak salah untuk bermimpi kerana mimpi itu percuma.
“Anda membuatkan saya bangkit untuk terus cipta lagu sendiri,” katanya ketika menerima anugerah berkenaan.
Aina turut membawa pulang trofi menerusi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.
Sementara itu lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone pula bergelar naib juara dan membawa pulang RM50,000 dan trofi.
Alif satar & The Locos mendapat tempat ketiga.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh lagu Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos) dan melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi.
Lagu Irama oleh Shiha Zikir pula dipilih sebagai Anugerah Persembahan Terbaik.
Shiha membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.
Penyanyi pilihan Alha Alfa pula diberikan kepada Khai Bahar.
Shiha membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.
AJL37 membawa tema Dimensi Muzik dihoskan oleh Jihan Muse dan Sherry Alhahad.
Antara artis yang turut membuat persembahan adalah De Fam, Syamel, Tuju, Loca B, Azlan & The Typewriter, Blues Gang, Exists dan Masdo.
Edisi kali ini dketuai oleh Datuk Mokhzani sebagai ketua juri.

Berikut adalah senarai pemenang AJL37;
Tahniah kepada semua pemenang!
Juara : Aina Abdul – Lagu Terus Hidup (RM100,000)
Naib juara : Joe Flizzow & SonaOne – Lagu Satu Malam di Temasek (RM50,000)
Tempat ketiga : Aliff Satar & The Locos – Lagu Anugerah Terindah (RM30,000)
Vokal Terbaik : Aina Abdul – Lagu Terus Hidup (RM12,000)
Persembahan Terbaik : Shiha Zikir – Lagu Irama (RM12,000)
Penyanyi Pilihan Alha Alfa : Khai Bahar (RM12,000)
Jeritan gemuruh penonton menggamatkan suasana keseluruhan Axiata, Arena, Bukit Jalil saat finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Aina Abdul melangkah masuk ke atas pentas.
Biarpun belum membuat persembahan, Aina sudah menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir untuk menyaksikan anugerah berprestij itu.
Rata-rata penonton seakan ‘histeria’ sebaik sahaja penyanyi yang mengenakan busana putih itu muncul. Bahkan, boleh dikatakan sorakan diterima paling gemuruh sepanjang malam kemuncak AJL 37 berlangsung, malam ini.
Lebih mengujakan hos AJL 37, Sherry Alhadad dan Jihan Muse terpaksa berhenti bercakap bagi menenangkan penonton.
Aina tampil dengan lagu Terus Hidup ciptaannya sepenuhnya dengan membawa konsep berada di atas awan di pentas AJL 37. – NSTP/Aziah Azmee
Pada AJL 37, Aina tampil dengan lagu Terus Hidup ciptaannya sepenuhnya dengan membawa konsep berada di atas awan.
Aina berjaya memukau penonton dengan lontaran vokalnya, malah menerima ‘standing ovation’ selepas menamatkan nyanyian.
Persembahan berkelas itu turut menyaksikan replika salji dijatuhkan pada penghujung persembahan.
Aina Abdul merupakan antara penyanyi yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi pertaruhan single terbaharunya, Sumpah.
Bakat kelahiran program realiti Mentor Legend ini terlebih dahulu meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Los Angeles.
Biodata
1. Nama sebenarnya, Nurul Aina binti Abdul Ghani. Dikenali dengan nama pentasnya, Aina Abdul.
2. Berusia 26 tahun (2019).
3. Berasal dari Negeri Sembilan.
4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 yang mengangkatnya sebagai naib juara di bawah bimbingan mentor, Ella.
6. Memulakan langkah dalam bidang seni suara menerusi single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu yang diterbitkan pada September 2015. Lain-lain single dipopularkannya seperti Sumpah, Ghost, Reminiscing, Ribut Hati dan Shadow.
7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon, komposer dan penulis lirik.
8. Pernah membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2016.
9. Merangkul kemenangan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles menerusi kategori Vocalist of The World.
10. Lain-lain pencapaian beliau termasuk pernah menjuarai Golden Voice Of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010 dan Bintang Remaja RTM.
Fakta Menarik
Bekas pelajar jurusan muzik daripada sebuah kolej swasta.
Namanya antara yang berjaya membolosi Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 (2019) meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan.
Sumpah, single nyanyian dan ciptaannya yang mengangkat isu tekanan dan kemurungan, merupakan antara lagu yang melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.
Sehingga kini beliau mempunyai lebih 50 buah lagu dalam simpanan dan bersedia untuk berkongsi dengan mana-mana penyanyi yang berminat mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.
Kariernya mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai ‘Aination’
Laman Instagramnya, @ainaabdul diikuti lebih 112,000 peminat.
KREDIT: MSTAR